Asma ul-Husna 3
Ar-Rahim ertinya mempunyai sifat Maha Penyayang
Merahmati hambaNya
dengan petunjuk dan ampunan
Allah swt menyebutkan menerusi firmanNya di dalam surah Al-Anfal ayat 49
yang bermaksud: Khabarkanlah kepada
hamba-hambaKu bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Ar-Rahim diturunkan dari rahmah,kasih atau sayang. Rahmah melambangkan
keselamatan orang-orang yang menerimanya dari sebarang kerugian dan kehilangan
dan merahmati mereka dengan petunjuk, ampunan dan hidayah yang benar.
Ar-Rahim, yakni Zat yang melimpahkan rahmah, merupakan sifat Allah yang
paling tinggi di sisi makhlukNya. Hanya dengan sifat itu sahajalah manusia akan
selamat daripada keninasaan di dalam api neraka. Oleh itu Allah berfirman bermaksud:
Dialah
yang memberi rahmat kepadaMu dan
malaikatNya
(memohonkan ampunan untukmu),
supaya
Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan
kepada
cahaya (yang terang). Dan adalah Dia
Maha
Penyayang kepada orang-orang yang
beriman.
(Al-Ahzab:43)
Zat yang
mengurniakan rahmat
Ar-Rahim adalah Zat yang mengurniakan rahmat tak terhitung. Sebahagian
orang mengatakan bahawa kata ini diturunkan dari Rahim dan kita telah
mengetahui bahawa akar kata untuknya adalah rahmah,
yakni kurnia dan rahmat dari Allah. Sesungguhnya rahmatNya tidak dapat dihitung
kerana tiada akhir atau kesudahannya.
Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa
yang tidak ada rasa kasih sayang terhadap sesama maka ia tercabut dari rahmat
Allah.
Baginda juga pernah bersabda: Barangsiapa
yang tidak menghormati orang yang lebih tua di antara mereka, ataupun tidak
menunjukkan kasih sayang kepada yang lebih muda atau melindungi hak-hak utama
di antara mereka, sesungguhnya ia bukan dari (golongan ) kami.
Rahmat di antara hamba Allah merupakan jalan untuk menerima rahmat (kasih
sayang) Allah. Rasulullah saw memerintahkan: Sayangilah para penghuni bumi agar penduduk langit menyayangi kalian.
Sifat manusia yang
ketiga ialah penyayang
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketiga dengan bercermin
pada Asma ul-Husna ialah bersifat penyayang agar para penghuni bumi juga turut
menyayangi kita sebagaimana disebutkan di dalam hadis di atas.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 6-8
No comments:
Post a Comment