Asma ul-Husna 6
As-Salam ertinya Allah Maha Selamat Sejahtera daripada segala kekurangan
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dialah Allah, yang tidak ada
Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha
Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan;
Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan
segala-galanya); Yang melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari
segala yang mereka sekutukan denganNya.
(Al-Hasyr:23)
Maha Selamat
Sejahtera
Al-Salam bererti Zat yang bebas daripada segala kekurangan dan
ketidaksempurnaan, yang sifat-sifatNya terbebas dari sebarang kelemahan, yang
perbuatan-perbuatanNya jauh daripada kejahatan dan keburukan. Kerana Dia adalah
sebagaimana adanya. Tiada kedamaian ataupun keamanan melainkan dari Allah swt.
As-Salam juga juga bererti damai dan selamat. Allah Yang Maha Kuasa
berfirman, .....Dan Allah menyeru
(manusia) ke Darussalam (surga).
(Yunus:25)
Makna syurga adalah siapapun yang tinggal di dalamnya niscaya selamat
daripada penderitaan, kepedihan dan kebinasaan sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
Dan jika ia dari puak kanan,
maka (akan dikatakan kepadanya) : Selamat sejahtera kepadamu kerana engkau)
dari puak kanan.
(Al-Waaqi’ah:90-91)
Ucapan Allah
Salam Allah bererti ucapan Allah. Demikian pula rasulullah saw kerap
menganjurkan kepada kaum muslimin agar menyebarkan salam (kedamaian) di antara
mereka.
Imam Abdullah Jaafar mengatakan : Barangsiapa
melaksanakan tiga perkara niscaya akan tergabung dalam dirinya makna keyakinan
iaitu kejujuran pada dirinya sendiri, menyebarkan kedamaian kepada setiap
orang, dan membelanjakan secara bijak apa yang telah ia simpan.
Nama Syurga
Salam satu nama syurga itu juga adalan Dar
as-Salam ertinya tempat yang aman damai sebagaimana maksud Al-Quran surah
Ali Imran ayat 6 bermaksud:
Bagi merekalah Syurga
Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan
Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah
kerjakan.
Sifat manusia yang
keenam ialah selamat dan sejahtera
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenam, dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat selamat dan sejahtera, yakni
sentiasa menyebarkan kedamaian dan kesejahteraan di mana pun mereka berada.
Apabila seorang muslim memberi ucapan salam kepada muslim lainnya, dia
nescaya telah memastikan kawannya dalam keamanan dan keselamatan, menghalangnya
daripada segala niat buruk atau pun jahatnya.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms14-16
No comments:
Post a Comment