Monday, December 7, 2015

Puisi Perhimpunan Agong UMNO Bulan Dua Belas 2015

Dunia ibarat sebuah pentas
pentas drama pentas berbahas
pentas berbahas ada yang berkelas
yang mendengar turun naik nafas.

Perhimpunan Agung UMNO bulan dua belas
berdurun-duyun datang ada yang naik bas
puteri,pemuda,wanita UMNO empat hari berbahas
menyingkap kemelut dan halatuju Melayu pasti jelas.

Setiap tahun perhimpunan
ada rajin datang ada yang malas
melihat riak muka perwakilan
dan pemerhati cukup jelas
sda yang kata Melayu rajin ada yang malas.

Semangat menurun naik menjadi panas
ambil mikrofon sangat pantas
berhujah berbahas berbalas-balas
dalam dewan semangat berkobar-kobar pasti jelas

Tepukan gemuruh dari bawah sampai ke atas
keluar dewan balik rumah cukup pantas
semangatnya mula layu ditiup angina budaya malas
di kedai kopi umpat mengumpat kata berbalas

Wahai Melayu wakil rakyat yang punyai tugas
amanah rakyat mesti digalas
jangan pandai bercakap tetapi
tak pandai menjalankan tugas
hokum Allah di dunia dan akhirat pasti berbalas.

Kita rakyat di bawah merasai tempias
rakyat mahu tahu pendirian pemimpin mesti jelas
laungan merdeka 58 tahun sudahlah jelas
yang rajin orang Melayu atau Cina, India mesti dijelas
siapa merdeka, Cina, India,
Melayu atau kita yang malas
kekayaan hari ini yang pasti Cina, India
tetapi Melayu tidak jelas.

Melayu berbahas memang berkelas
antara asar Maghrib kadang-kadang terlepas
antara kumpulan kuning dan merah
ekonomi Cina yang mantap memang jelas
antara kumpulan merah dan kuning
maruah Melayu tercabar jelas
contohi kumpulan lebah khasiat madunya
bila dimakan memang panas
kumpulan langau menghurung bangkai
khasiatnya tiada,sudah jelas

Ubahlah sikap dari katak bawah tempurung
ke katak dalam gelas
melihat bangunan tinggi gedung besar
siapa punya sudahlah jelas
wahai Melayu berhijrahlah dari negara ke negara
cari pengalaman biar pantas
segera katak dalam gelas
segera melompat keluar jangan malas
agar cucu cicit, anak-anakmu
nanti jadi bangsa first class

Kita akan berhadapan PRU empat belas
ingat-ingatlah wahai Melayu
jangan kita menjadi hampas
Melayu UMNO, Melayu Keadilan
Melayu Amanah, Melayu PAS
bersatulah Melayu dengan pantas
agar bangsa Melayu bangsa yang ada kelas
kalau lambat akan terbabas
ambil contoh pemimpin-pemimpin yang lepas-lepas
negara makmur macam orang berbuka puasa
minum air bergelas-gelas sampai puas

Pemimpin kita cakap jangan berseloka dan berkias
yang mendengar terbahak-bahak
ketawa sampai hampir putus nafas
peristiwa 13 Mei perlu dihayati dan dikupas
jangan jadi Melayu second class dan third class
peristiwa 13 Mei janganlah berulang
yang mungkin menjadi lebih buas dan ganas.

Datuk Hj Mohamad Din Yusoh
Pengarah Urusan
Utas Travel & Tours Worldwide Holiday Sdn. Bhd
Sinar Harian
8 Disember 2015

No comments:

Post a Comment