Sunday, December 6, 2015

Negarawan model, penghormatan dan pengiktirafan


Esei 91

Anda mungkin tidak berupaya menguasai tempoh kehidupan anda tetapi anda boleh mengawal kelebaran, kedalaman dan ketinggiannya. Kehebatan bukan apa yang dalam milikan atau kuasa tetapi dalam keperibadian, kebaikan dan perkhidmatan untuk manusia. Keseronokan adalah sementara, penghormatan adalah abadi.

Ingatlah:
1. Teras anda dan watak anda
2. Reputasi baik adalah aset yang besar tetapi anda perlu mendapatkannya. Dalam analisis terakhir, siapa diri kita sebenarnya yang berkomunikasi lebih petah daripada apa yang dilafazkan atau lakukan. Anda boleh berkhutbah satu khutbah yang lebih baik dengan kehidupan anda sendiri daripada bibir anda.Lakonkan watak anda dengan penuh penghormatan. Kemasyhuran adalah satu wap, populariti satu kemalangan, kekayaan pula akan berterbangan. Hanya satu perkara yang bertahan – watak anda yang sebenarnya. Dalam soal gaya, berenang dalam arus; dalam soal prinsip, berdiri tegaklah macam batu.
3. Intergriti. Orang yang tidak jujur bergantung kepada satu benang, dia sentiasa mencari jalan keluar sedangkan masalahnya bertambah secara kompaun!
4. Imej anda. Harmoni dengan persekitaran
5. Kelakuan sempurna. Sopan santun yang paling halus dapat memaniskan kehidupan, sementara yang lebih besar dapat memuliakannya.
6. Kemahiran-kemahiran yang ada. Sesiapa yang paling sedikit membuat orang gelisah adalah yang terbaik dihasilkan oleh syarikat.
7. Sumber pancutan ilmu, kepakaran, keberanian dan kebijaksanaan.
8. Prestasi dan sumbangan. Buatkan kepada orang lain seperti anda mahu mereka buatkan kepada anda.

Confucius menyatakan terdapat tiga tanda lelaki hebat: Baik; dia bebas daripada kerisauan, bijaksana; dia bebas daripada kebingungan; berani, dia bebas daripada ketakutan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment