Datukku telah kehilangan
segala upaya kuat kudrat
setelah usia cecah 80 tahun
ditusuk penyakit melarat
di tubuhnya tak lagi kuat
Dulu datukku
guru dikir rebana
bilal di masjid tua
suara memikat dara teruna
dia pesilat yang tangkas
pejuang kemerdekaan tegas
menentang Inggeris
dan menghalang tentera Jepun
memasuki denai lorong
setiap penjuru kampung
Dulu juga datukku
peneroka hutan belantara
membuka kampong dan desa
mengusahakan tanah paya
hijau pohon buah dan getah
saujana padi menguning
wang tidak berapa penting
untuk sara anak dan keluarga
Datukku dulu
ada banyak kerbau dipelihara
ada yang pawah ada juga dia punya
pabila musim perkahwinan tiba
daging kerbau jadi hidangan
seluruh desa bersatu tenaga
pelihara ayam dan itik
ternakannya banyak juga
ada yang dijual di pecan
ada dimakan buat lauk
seisi keluarga
Kini datukku kudratnya
tiada lagi
kekuatannya juga tiada
kuasa daya tenaga upaya
hilang tiba-tiba ditarik usia
dia senang tapi taklah kaya
Betullah katanya
Jika mahu
senang tak perlu kaya
cari ilmu
semasa remaja
kira juga
mesti rajin bekerja
berusahalah
sejak lagi usia muda
Ami Masra
Kerdau, Pahang
Mingguan Malaysia
13 Disember 2015
No comments:
Post a Comment