Friday, December 11, 2015

Pelajaran ke 37

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Cerita di dalam hadith daripada Luqman Al-Hakim ia hamba nabi Allah Daud bangsanya Habsyi telah memberi oleh Allah kepadanya akan ilmu hikmah yang tiada memberi ia akan dia akan nabi-nabi. Kata Luqman Al-Hakim: Telah aku khidmatkan akan empat ribu nabi di dalam empat puluh ribu tahun aku pilih daripada perkataan mereka itu akan delapan kalimah dan iaitu inilah apabila ada engkau di dalam sembahyang maka pelihara olehmu akan hatimu dan apabila ada engkau di dalam rumah orang kaya maka pelihara olehmu akan dua matamu dan apabila ada engkau di dalam antara segala manusia maka engkau pelihara akan lidahmu dan apabila engkau pada hidangan maka pelihara olehmu akan perangaimu dan ingatkan olehmu akan dua perkara dan lupakan olehmu dua perkara, maka adapun dua perkara yang engkau ingat akan dia itu iaitu Tuhanmu dan matimu dan adapun dua perkara yang engkau lupakan dia itu iaitu kebajikanmu pada hak orang lain dan kejahatan orang lain pada hakmu.

Kata setengah ulama’ bahawasanya Alaah Ta’ala itu mewahi ia kepada nabi Daud alaihis salam bahawasanya menghantar ia akan kursi bagi Luqman Al-Hakim dan diajari akan kamu akan ilmu hikmah maka menghantar ia akan kursi maka naik atasnya Luqman Al-Hakim dan berkata ia: Hai Daud, peliharakan olehmu daripada aku akan lima perkara supaya masuk di dalamnya ilmu segala orang yang dahulu-dahulu dan ilmu orang yang kemudian:
 
1. Bahawa adalah lobamu atas menghimpunkan dunia dengan sekira-kira martabatmu dalamnya
2. Bahawa adalah lobamu itu amal akhirat dengan sekira-kira martabatmu dalamnya
3. Bahawa adalah bertemu atas mengerjakan maksiat dengan sekira-kira sabarmu atas azab neraka
4. Bahawa adalah khidmatmu akan Tuhanmu dengan sekira-kira hajatmu kepadanya
5. Jika engkau kehendak bahawa engkau berbuat maksiat akan Tuhanmu maka tuntut olehmu akan tempat yang tiada melihat ia akan dikau.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment