Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata ulama’ radhiyallahu ’anhum : Hai anak Adam, perlahan-lahankan
olehmu pada segala perbuatan kamu dan perkataanmu dan jangan engkau mameng,
yakni segera akan dia kerana yang perlahan-lahan itu daripada Allah Ta’ala dan
mameng itu daripada syaitan seperti sabda nabi saw:
Ditilik manusia kepada perangai
perlahan-lahan nescaya tiadalah melihat mereka itu daripada barang yang
dijadikan Allah Ta’ala terlebih baik daripadanya dan jikalau ditilik mereka itu
kepada perangai yang mameng maka tiadalah diperoleh mereka itu daripada makhluk
yang terlebih keji daripadanya.
Kata hukama: Barangsiapa yang ada padanya tiga perkara maka iaitu orang
sempurna akal:
1. Benar serta dengan tulus ikhlas pada berbuat ibadat akan Allah Ta’ala
2. Berbuat kebajikan akan segala hamba Allah serta dengan baik hatinya akan
mereka itu
3. Sabar serta memberat dirinya pada pahala dan bala’
Kata hukama: Yang akal itu bagi barangsiapa yang takut akan taulannya jika
ada ia sebenar kasihnya sekalipun seperti sabda nabi saw: Yakni : Orang yang berakal itu ingat dan orang yang
ingat itu jahat sangka.
Kata baginda Umar Radhiyallahu anha: Jauh olehmu daripada seterumu dan
ingat-ingat-ingat engkau daripada taulanmu.
Bermula manusia yang terlebih martabatnya pada Allah Taala itu iaitu
manusia yang terlebih akal dan terlebih ilmu.
Hai anak Adam: Jauh olehmu akan dirimu daripada bercampurkan dirimu dengan
segala manusia supaya tetap fikirmu maka yang melanjutkan fikir itu menunjukkan
jalan kepada syurga bahawa fikir itu iailah perintah hati pada menghasilkan
barang suatu.
Bermula fikir itu memelihara akan hati daripada karam di dalam laut ghaflah
yakni lalai.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment