Orang Melayu, kata tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub, berada dalam
persimpangan dari segi kepimpinan dan mentaliti. Jangan hanya bersyukur, pergi
masjid dan dengar syarahan.Kadang-kadang orang Melayu lebih banyak bercakap
tetapi kurang bertindak, katanya.
Belalang tertarik pada kenyataannya mengenai filem Tan Sri P Ramlee yang
memberi gambaran tiada watak orang kaya yang bagus.Kalau kaya, wataknya kedekut
atau menganiaya orang lain. Mungkin sudah sampai masanya kita berubah dan berfikir
bahawa menjadi kaya itu bagus seperti boleh menderma. Ini kita perlu berfikir
semua, kata Arshad.
Malah katanya, orang Melayu boleh bersikap nasionalis tetapi pada masa sama
perlu pragmatik.Adakah kita boleh hidup dengan nasionalisme dan yakin hanya bahasa
Malaysia boleh menyatukan rakyat negara ini? Lihat dalam UMNO, ia juga berpecah
kerana perbezaan pendapat walaupun mengguna bahasa Malaysia yang sama, kata
Arshad.
Wallahu a’lam.
Belalang
Jalan Riong
BH, 6 Disember 2015
Ya Allah satukan hati-hati
kami dengan iman. Itulah ajaranMu dan rasulMu. Anugerahkan istiqamah buat kami.
Hunjam ia dalam hati-hati kami. Saling berkasih sayang meraih hanya redhaMu.
Hidup ini singkat untuk disia-siakan.
No comments:
Post a Comment