Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, bermula harta itu hartaKu jua. Bermula
engkau itu hambaKu, maka hartamu itu daripada hartaKu jua, maka tiada bagimu
melainkan barang yang telah engkau makan akan dia, maka engkau fana’kan atau
yang telah engkau pakai, maka engkau burukkan dia atau yang telah engkau
sedekah, maka engkau taruhkan akan dia bagi Aku dan engkau itu tiga bahagi,
maka yang satu itu bagiKu, dan yang satu itu bagimu, dan yang satu itu antara
Aku dan antaramu. Maka adapun yang bagimu itu, iaitu ilmumu, dan adapun yang bagiKu itu,
maka iaitu nyawamu,
maka adapun yang antara Aku dan antaramu, maka iaitu yang daripada Aku, dan
iaitu Ku perkenankan dan yang daripada meminta doa.
Hai anak Adam, wara’kan olehmu dan padakan olehmu dengan sedikit nescaya
engkau lihat akan Daku dengan mata hatimu hal keadaan Aku itu, iaitu pada
tiap-tiap suatu dan sembah olehmu akan Daku supaya sampai engkau kepadaKu dan
tuntut olehmu akan Daku supaya engkau dapat akan Daku.
Hai anak Adam, apabila adalah engkau itu seperti mereka itu yang masuk
mereka itu akan neraka dengan sebab fasiqnya dan ulama’ yang masuk neraka
dengan sebab dengkinya, dan saudagar yang masuk neraka dengan sebab khinat dan
utus yang masuk neraka dengan sebab jahilnya dan orang yang berbuat suatu masuk
neraka dengan sebab taksirnya (lalainya) dan orang yang berbuat ibadat masuk
neraka dengan sebab riya’nya dan orang kaya masuk neraka dengan sebab
takabburnya dan orang yang fakir masuk neraka dengan sebab dustanya, maka
bahawasanya orang yang menuntut syurga itu thabit dengan perbuatan yang
diperbuat ia akan dia.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment