Esei 97
Jonathan Swift mencatatkan: Tidak ada apa-apa yang begitu susah bagi mereka
yang hidup mewah selain untuk bayangkan betapa susahnya hidup orang yang tidak
begitu bernasib baik. Jurang pedapatan antara orang kaya dan miskin semakin
luas dan melebar namun ramai tidak peka. Hari ini, cita-cita kejam dan
kemerosotan akhlak adalah meluas. Di tengah-tengah kemewahan ekonomi, masih
ramai dalam keadaan berlapar, bukan sahaja secara fizikal tetapi jiwa.
Kurangnya unsur kerohanian dapat disaksikan dalam perbelanjaan perlumbaan
senjata global yang menghampiri US$1 trilion setahun! Ia adalah menggerunkan
bahawa manusia yang lebih tahu dan lebih pintar daripada haiwan tetapi
menggunakan senjata api dan bom bagi menyelesaikan masalah.Martin Luther
mengeluh: Perang adalah wabak paling besar yang membawa penderitaan kepada
manusia; ia membinasakan agama, negara dan keluarga.
Kesengsaraan muncul daripada:
1. Buta huruf
2. Kekurangan pemakanan dan rawatan kepada orang-orang tua yang
berkesudahan dengan penyakit-penyakit dan kebuluran
3. Keluarga yang tidak keruan atau perkahwinan yang gagal
4. Konflik-konflik yang bersifat perkauman, wilayah dan politik
5. Ketidakadilan
6. Pengagihan pendapatan tidak seimbang dan kemiskinan
Sesuatu yang salah dari segi moral tidak boleh dipolitikkan menjadi betul. Terdapat
banyak cabang kejahatan dan ini dipapari menerusi keganasan dalam media
masa.Apakah bentuk budaya yang hendak dipamerkan, untuk dibangunkan dan untuk
disimpan! Kesan terhadap masyarakat adalah amat menggerunkan. Di sinilah benih
kesengsaraan telah disemai!
Kini adalah masa untuk kita berkawan dengan kebaikan dan membuang yang
salah dan mengajar kewajaran untuk orang tua dan muda. Pengiktirafan moraliti
hanyalah separuh daripada pertempuran, amalan dan kesempurnaannyalah yang dapat
melengkapkan misi dunia kita. Adalah tidak bernilai mempunyai kemewahan tanpa
matlamat dan kemakmuran tanpa tujuan menjadi tidak bererti. Biar kita mempunyai
persaingan yang sihat daripada lebih suka mendengki;kemurahan hati daripada
ketamakan, persefahaman, pendamaian dan kemaafan daripada mencurigakan, dendam
dan perang.Mari kita membuat satu usaha yang bersepadu ke arah kesejahteraan
sosial dan keamanan dunia. Kita perlu menyelesaikan isu-isu alam sekitar,
mengekalkan habitat hijau, membenteras penyakit dan kebuluran, kemiskinan dan
kelaparan dan menyelesaikan pertikaian dan konflik-konflik.
Kita berharap dengan bersungguh-sungguh agar tidak lama lagi manusia akan
berlumba-lumba mencari beberapa jenis pemulihan spiritual dengan satu banjir
kebaikan, muhibah dan cinta, satu keluarga dunia dan persaudaraan manusia,
perpaduan pelbagai agama untuk menyebarkan moral dan untuk berdoa dalam
serentak. Masanya akan tiba!
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment