Esei 87
Kegagalan dalam perhubungan,kehilangan pekerjaan, krisis kewangan,
kehilangan dan seumpamanya memerlukan
kekuatan dalaman. Kita perlu bersedia untuk semua itu. Terdapat empat peringkat
yang boleh membawa kepada kehancuran keluarga: Kritikan, mengadu domba, suka
membela diri dan penarikan atau mengundur diri.
Berikut beberapa panduan penting:
a) Bina kemahiran perhubungan yang istimewa, prihatin terhadap rasa kurang
senang yang boleh membahayakan keadaan mengikut masa. Selami perasaan pasangan
masing-masing.
b) Jangan berleter, bantulah pasangan anda.Beri cadangan dan pujukan
berbanding kritikan
c) Kasih sayang tanpa syarat.Ambil giliran untuk beralah.
d) Pasangan sepatutnya menjadi teman terbaik, buah hati, dihormati dan
dikagumi. Ubahlah pasangan dengan pengaruh dan pujukan yang lembut.
e) Semasa pengeseran dan perselisihan, pasangan merlukan persefahaman dan
simpati. Keupayaan untuk mendengar tanpa syarat, untuk merasa empati, tolak
ansur dan berbaik semua, menunjukkan kebaikan, keberanian dan kekuatan akhlak.
f) Akui kesalahan dan mohon maaf
g) Penerimaa, kesabaran dan kemaafan dapat menghapus rasa sakit hati dan
kurang senang ketika di rumah berbanding di luar rumah.
h) Kejayaan dalam perkahwinan bukan setakat mengahwini orang yang sesuai,
ia berkait dengan menjadi diri yang sesuai! Hubungan kemanusiaan berdasarkan
siapa sebenarnya diri kita, bukan sahaja apa yang kita kata atau lakukan.
Untuk itu :
a) Bercakap-cakap dengan rakan-rakan
b) Tinggalkan zaman lampau
c) Bayangkan dan gunakan daya khayalananda
d) Bertenang dan rehatkan diri dengan harapan dan aspirasi
e) Berfikirlah secara rasional, elakkan terlalu emosi.
f) Renungilah di senalik kehidupan duniawi, pohon pimpin dan kesejahteraan
daripada Tuhan
Setiap krisis memberi satu
peluang untuk menyerlahkan diri anda yang lebih besar.
Dr M Maltz
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment