Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Kata Ka’ab Al-Ahkbar Radhiyallahu’anha: Aku lihat akan Taurat dan Injil dan
Zabbur dan Qur’an Al-Adzim, maka Aku pilih daripadanya dua belas kalimah aku
surat akan dia pada kertas dan aku
gantung akan dia pada leherku.
Bermula aku tilik kepadanya pada tiap-tiap hari tiga kali:
1. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, jangan engkau takut akan luput
rezekimu selama perbendaharaanKu itu penuh, maka bahawasanya perbendaharaanKu itu
tiada habis dan tiada kurang selama-lamanya.
2. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, bahawasanya Aku dengan hakmu itu
yang mengasih bagimu dan dengan hakmu jadikan olehmu yang mengasih.
3. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,jangan engkau sentosakan tipuKu
hingga engkau lalukan Sirathal Mustaqim
dan engkau lihat akan sucimu di dalam syurga.
4. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, Aku jadikan akan segala perkara
semuanya itu keranamu dan Aku jadikan akan dikau kerana Aku.
5. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,jangan engkau takut yang lain
daripada Aku selama-lama kerana Aku itu kekal selama-lama.
6. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,jangan engkau marahkan atasKu
daripada kerana dirimu tetapi engkau marahkan atas dirimu daripada kerana Aku.
7. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,daripada ’Arasy hingga ke bawah
tujuh petala bumi sekalian mereka itu menuntut mereka itu akan Daku. Bermula
menuntut akan Daku padahal engkau itu engkau lari daripada Aku.
8. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, jangan engkau percaya yang lain
daripada aku. Bermula engkau manakala engkau menuntut akan Daku nescaya engkau
dapat akan Daku.
9. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,jangan engkau tuntut daripada Aku
akan esok dan Aku tiada Aku tuntut daripadamu akan amal esok.
10. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,Aku jadikan akan dikau daripada
nutfah, maka tiada Aku tinggalkan akan rezekimu, Aku dahulukan akan dia kepada
perutmu.
11. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,jika engkau redhakan dengan barang
yang telah aku bahagikan bagimu itu nescaya aku pusakakan akan hatimu dan
badanmu dan jika tiada engkau redhakan dengan barang yang telah Aku bahagikan
bagimu nescaya aku keraskan atasmu dunia hingga engkau tuntut akan dia seperti
engkau tuntut akan binatang yang liar di dalam hutan, maka demi kemuliaanKu dan
kebesaranKu tiada engkau peroleh akan dia melainkan barang yang telah Aku
taqdirkan bagimu pada hal engkau itu dicelakan
di dalam segala manusia.
12. Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam,barangsiapa tiada redha ia dengan qadhaKu
dan tiada sabar ia atas balaKu dan tiada syukur ia atas nikmatKu dan tiada
memadai ia dengan pemberianKu maka hendaklah ia keluar daripada bawah langitKu
dan hendaklah menuntut ia akan Tuhan yang lain daripada Aku.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment