Ar-Rahman ertinya Allah mempunyai sifat Maha Pengasih kepada hambaNya di
dunia.
Luasnya Rahmat
Allah
Ar-Rahman adalah kata sifat yang sangat sesuai dengan Allah. Tidak satu pun
selain Dia yang boleh disebut demikian atau dirujuk seperti itu.
Dengan itu Ar-Rahman adalah sifat Allah yang mengingatkan manusia terhadap
rahmatNya. Tanpa rahmat Allah, semua makhluk dan benda yang ada di langit dan
bumi pasti akan binasa.
Sumber kekuatan
dan kehidupan
Dalam solat kita biasa membaca ayat yang bermaksud: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ini merupakan sifat yang memperlihatkan bahawa kasih sayang merupakan kurnia
dan rahmat Allah.
Ini bererti Zat yang melimpahkan rahmat yang menembusi hati setiap insan sehingga
manusia pada umumnya mempunyai sifat pengasih, begitu juga sifat pengasih yang
ada pada haiwan terhadap anaknya.
Kesemua sifat-sifat tersebut adalah sifat semulajadi yang Allah anugerahkan
untuk kestabilan dan ketenteraman semua makhlukNya sama ada yang berakal mahupun
yang tidak berakal.Lazim diketahui bahawa kasih bererti kekuatan kehendak
seseorang untuk membawa kebaikan kepada orang yang lebih rendah daripada
dirinya dari segi derjat dan kedudukan.
Sifat Ar-Rahman Allah adalah sifat yang menjadi sumber kekuatan dan
kehidupan semua makhlukNya. Dari itu apabila manusia ingin mempraktikkan sifat
ini dalam kehidupannya, hendaklah ia mempunyai sifat ikhlas dalam memberi kasih
sayang ataupun sebarang pemberian kepada sesamanya.
Sifat manusia yang
kedua ialah pengasih
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kedua dengan bercermin
pada Asma ul-Husna ialah bersifat pengasih di dalam dirinya untuk mencetuskan
suasana harmoni dan tenteram dalam hidupnya.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 4-5
No comments:
Post a Comment