Sunday, December 6, 2015

Perubahan, peningkatan dan pertumbuhan berterusan


Esei 90

Kemajuan peribadi merujuk kepada memulakan perubahan dan membuat peningkatan-peningkatan secara fizikal, mental dan jiwa.Samuuel Johnson mengistiharkan: Kehidupan adalah satu perniagaan yang bergerak ke hadapan. Abraham Lincoln menyatakan: Saya tidak hairan seseorang yang kurang pintar hari ini berbanding semalam.Satu pepatah Sepanyol berkata: Dengan melalui sebatang jalan di mana jua anda akan tiba ke rumah. Menurut Lao Tsu pula: Walaupun telah banyak tercapai, pada keseluruhanya masih ada ruang masa depannya untuk dicapai.

Untuk itu berikut beberapa langkah yang boleh diambil:
1. Mengubah nilai-nilai anda dan kepercayaan
2. Meningkatkan imej kendiri anda
3. Arah matlamat dan keutamaan-keutamaan untuk pelbagai pengembangan diri.
4. Bina satu sifat yang dominan dan satu sahsiah yang baik
5. Urus masa anda termasuk rutin dan amalan
6. Kuasai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran pada kadar tinggi.
7. Promosi diri anda dan produk-produk terbaik dan perkhidmatan anda melalui orang, kemahiran dan talian hubungan.
8. Luaskan pandangan dan tingkatkan daya kesedaran, kreativiti, pelbagai kemungkinan dan keupayaan.

Dunia telah berubah dan diserikan oleh kemahuan dan tindakan bersemangat orang-orang yang mashyur. Ambil giliran anda pula untuk memanfaatkan masyarakat dan negara!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment