Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Rasulullah saw : Barangsiapa memudah-mudah akan sembahyang dan
menghina-hina akan dia nescaya diseksa akan dia oleh Allah Ta’ala dengan lima
belas seksa, enam di dalam dunia dan tiga ketrka matinya dan tiga di dalam
kuburnya dan tiga ketika bertemu dengan Tuhannya, maka berkata sahabat: Hai
Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam dunia maka sabdanya:
1. Mengangkat oleh Allah Ta’ala daripada umurnya.
2. Mengangkat oleh Allah Ta’ala akan berkat daripada rezekinya.
3. Mengangkat oleh Allah Ta’ala daripadanya akan tanda segala orang yang
soleh.
4.Tiada bahagian baginya daripada Islam.
5. Daripada tiap-tiap amal yang dibuat ia akan dia daripada segala amal
kebajikan tiada diberi pahala atasnya.
6. Tiada diangkatkan baginya doanya kepada langit, maka berkata sahabat
nabi: Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia pada ketika
matinya? Maka sabdanya: Mati ia padahal hina, dan mati ia padahal lapar, dan
mati ia padahal dahaga. Dan jikalau dijiruskan akan dia dengan air sungai yang
di dalam dunia nescaya tiada memuas ia akan dahaganya.
Berkata sahabat: Hai Rasulullah, maka apa seksa yang mengenai akan dia di dalam kuburnya?.
Maka sabdanya:
1. Memanjangkan oleh Allah Ta’ala atasnya akan liang lahadnya.
2. Menenggelam ia atasnya di dalam kuburnya.
3. Mewakil oleh Allah Ta’ala akan seorang malaikat yang mengazab ia akan
dia hingga hari kiamat dan mengeras oleh Allah Ta’ala atasnya di dalam kuburnya
akan suatu ular yang besar. Bermula namanya Syuja’
Al-Aqra’ bermula dua matanya daripada api dan dua kukunya itu daripada
besi.
Bermula panjang tiap-tiap kuku daripadanya itu perjalanan sehari dan
sertanya itu beberapa tiang daripada besi.Maka berkata ia akan mayat seperti
suara halilintar yang membelah padahal berkata ia telah menyuruh akan daku oleh
Allah Ta’ala TuhanKu, bahawa Aku palu akan dikau kerana engkau sesia sembahyang
Subuh hingga Zohor. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang
Zohor hingga Asar. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan sembahyang
Asar hingga Maghrib. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia akan
sembahyang Maghrib hingga Isya’. Dan aku palu akan dikau kerana engkau sesia
akan sembahyang Isya’ hingga Subuh. Maka tiap-tiap sekali mempalu ia akan dia
masuk ke dalam bumi tujuh puluh hasta maka masuk oleh malaikat itu akan kukunya
ke dalam bumi, maka mengeluarkan ia akan dia. Kemudian maka memalu ia akan dia
pula, maka sentiasa ia memalu hingga hari kiamat. Aku berlindung
dengan Allah Ta’ala daripada api.
Dan adapun seksa yang mengenai akan dia tatkala bertemu dengan Allah Ta’ala
Tuhannya apabila belahlah langit nescaya datang akan dia seorang malaikat
Al-’Azab dan pada tangannya itu rantai dan panjangnya itu tujuh puluh hasta,
maka menjadikan ia akan dia pada lehernya. Kemudian maka dimasuk ia ke dalam
mulutnya dan mengeluarkan ia akan dia daripada duburnya, kemudian menghela ia
akan dia sekali atas mukanya dan sekali atas belakangnya padahal ia menyeru
atasnya dengan katanya: Inilah balas orang yang mensesiakan akan sembahyang
fardhu yang difardhukan Allah Ta’ala, kemudian membawa ia akan dia kepada
neraka.
Sembahyang olehmu, hai anak Adam, jangan engkau mudahkan akan sembahyang
kerana sembahyang itu tiang agama.
Barangsiapa meninggal ia akan sembahyang, maka sanya meruntuhkan ia akan
agama hingga berkata Rasulullah Shallallahu ’alaiha wasallam. Katakan olehmu:
Hai
Tuhanku, jangan engkau tinggalkan pada
kami akan celaka dan
jangan engkau tinggalkan
pada kami akan yang ditegahkan.
Kemudian berkata ia: Bermula celaka yang ditegahkan itu orang yang
meninggal akan sembahyang kerana bahawasanya orang yang meninggalkan akan
sembahyang itu:
1) Tiada baginya pada agama Islam
2) Dan tiada diterima daripadanya akan tauhid
3) Dan tiada diterima akan imannya
4) Dan tiada diterima sedekahnya.
5) Dan tiada diterimakan puasanya
6) Dan tiada diterima akan syahadah
7) Dan sanya dilaknat Allah Ta’ala itu daripadanya.
Bermula orang yang meninggalkan sembahyang di dalam hal sihat itu tiada
menilik oleh Allah Ta’ala itu kepadanya dengan tilik rahmat dan tiada menyuci
ia akan dia dan thabit baginya azab yang amat pedih melainkan bahawa taubat ia
dan tiada halal zakat bagi orang yang meninggalkan sembahyang maka jangan
engkau berdiri sertanya dan jangan engkau duduk sertanya, maka kerana
bahawasanya laknat Allah itu turun ia atasnya.
Bermula pertama suatu yang haram pada hari kiamat itu muka segala orang
yang meninggalkan sembahyang.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment