Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata wali Allah Ta’ala yang bernama Abu Yazid Busthami Rahimahullahu ’alaihi,
lalu aku pun pada menanyakan tiga masalah kepada empat ribu empat ratus empat
puluh mimbar, maka tiada Aku dapat akan jawabnya maka hairan diriku kemudian
maka aku masuk pada Ka’bah maka aku jabat akan pintunya maka aku berkata: Hai Tuhanku apa suatu selamat agama.
Maka menyeru oleh yang menyeru: Hai
Aba Yazid, selamat agama di dalam memeliharakan kesempurnaan janji Tuhanmu.
Maka aku berkata: Hai Tuhanku pada apa suatu selamat iman?
Maka menyeru oleh yang menyeru: Hai Aba Yazid, bermula selamat iman itu di
dalam memeliharakan lisan daripada dusta dan daripada mengumpat-ngumpat dan
daripada berkata yang sia-sia yang tiada faedah kepada akhirat.
Maka aku berkata: Hai Tuhanku pada apa suatu selamat roh dan badan.
Maka menyeru oleh yang menyeru: Hai Aba Yazid, bermula selamat roh dan
badan itu di dalam meninggalkan segala keinginan dunia dan segala lazatnya.
Berkata Ibrahim anak Adham Rahimahullahu: Berpagi-pagi aku kebanyakkan
rijalullahu Ta’ala, yakni segala lelaki Allah Ta’ala yakni segala lelaki auliya?
Allah pada bukit Lubnan, maka adalah mereka itu berpesan akan daku: Apabila
engkau kembali kepada segala anak dunia dan ajarkan olehmu akan mereka itu
semua hanya dengan empat perkara:
1. Barangsiapa banyak makan nescaya tiada mendapat ia akan lazat bagi
berbuat ibadat
2. Dan barangsiapa membanyakkan tidur nescaya tiada mendapat ia akan berkat
pada umurnya.
3.Dan barangsiapa banyak menuntut ia kegemaran manusia nescaya tiada
mendapat ia kegemaran Allah Ta’ala
4. Dan barangsiapa membanyak ia akan berkata-kata yang sia-sia dan
mengumpat-umpat maka tiada keluar ia daripada dunia atas agama Islam
Kata Sahal Rahimahullaha Ta’ala: Bermula berhimpun kebajikan sekalian itu
di dalam empat perkara ini dan dengan dia jadilah aulaya’ ibdal itu akan ibdal
dan inilah rukun auliya’ ibdal, yakni tiada jadi seorang akan ibdal itu
melainkan dengan empat perkara:
1. Melaparkan perut
2. Diam daripada berkata-kata yang tiada memberi faedah kepada akhirat
3. Menjauhkan diri daripada segala manusia
4. Berjaga pada malam kerana berbuat ibadat akan Allah Ta’ala
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment