Asma Ul-Husna 8
Al-Muhaimin ertinya Allah Yang Sangat Menyintai dan Maha Memelihara
sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dialah Allah,yang tidak ada
Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha
Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan;
Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan
segala-galanya); Yang melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari
segala yang mereka sekutukan denganNya.
(Al-Hasyr:23)
Sangat Menyintai
dan Maha Memelihara
Ketika diterapkan kepada Yang Maha Kuasa, al-Muhaimin bererti bahawa Dialah
Zat yang mengawasi perbuatan-perbuatan, Zat yang memberi mereka rezeki dan
menentukan kehidupan mereka, Allah swt berbuat demikian melalui pengetahuan dan
perlindunganNya. Siapapun yang mengawasi sesuatu adalah pelindungnya. Dengan
demikian Dia memiliki kuasa penuh atasnya. Sifat-sifat ini tak akan pernah ada
dalam makna hakikinya selain pada Allah.
Allah adalah al-Muhaimin, Zat yang menyaksikan segala perrbuatan hambaNya,
sama ada ucapan ataupun perbuatan. Dengan itu pengertian al-Muhaimin sebagai
Zat yang mengetahui segala sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang luput dari
pengetahuanNya, tidak juga seberat atam di langit dan di bumi.
Al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi mengatakan bahawa al-Muhaimin bererti Zat
yang mengawasi, yang Melindungi. Adalah lazim dalam bahasa Arab untuk menyebut
seseorang sebagai muhaimin apabila ia melindungi seseorang atau pelindungnya.
Al-Mibrad menghuraikan sebagai Zat Yang Maha Baik dan Maha Kasih. Bangsa
Arab melukiskan burung yang membentangkan sayapnya untuk melindungi anaknya
sebagai muhaimin.
Hasan al-Basri mengatakan al-Muhaimin bererti Pelindung yang membenarkan
kebenaran seseorang. Diterapkan kepada Yang Maha Kuasa, ia akan membawa salah
satu dari pengertian: Allah mencintai para kekasihNya yang terdiri dari para
nabi, rasul dan orang-orang pilihan di sisiNya.
Al-Muhaimin adalah Zat yang meliputi pengaturan urusan-urusan semua
penciptaNya dalam pengetahuanNya mulai daripada atom yang terkecil hingga
planet yang terbesar dalam kosmos.
Kalau bukan Allah bersifat dengan sifat al-Muhaimin sudah pasti binasa dan
rosaklah alam ini kerana Allah tidak mencintai dan memeliharanya dari segenap
unsur yang membinasakan.
Sifat manusia yang
kelapan ialah mencintai dan memelihara
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapan dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat saling mencintai dan menjaga
keamanan dengan sentiasa memelihara diri dan alam sekitarnya daripada segala
sesuatu yang merosak dan membinasakan.
Imam Al-Ghazali menyebut bahawa manusia yang saling mencintai kerana Allah
adalahmewakili sifat-sifat Allah di bumi di mana Allah mencintai dan memelihara
semua yag diciptakanNya walaupun Allah berkehendak untuk membinasakannya
bila-bila masa sahaja sesuai iradat dan QudratNya.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 20-22
No comments:
Post a Comment