Tuhanku…
tanpaMu siapalah aku
mungkin hanya manusia yang tidak tahu
dari mana datangnya aku dank e mana pula hala tuju
bagaimana untuk aku katakana kepadaMu
bahawa rasa rindu ini semakin hari semakin mendalam
dalam jejak yang telah aku lalui
aku hanya ingin mencari keredhaanMu
Tuhanku…
Kaulah tujuanku
tidak pernah mahu aku berpaling daripadaMu
kerana kelak aku pasti berhadapan denganMu
dan Kaulah yang berhak mengadiliku
Tuhanku…
berilah aku kekuatan
perjalanan ini masih lagi perlu aku tempuh
walaupun aku tidak tahu
bila masanya Kau akan menjemputku pulang ke sisiMu
kuatkanlah azamku untuk memikul perjuangan ini
meskipun hatiku terlalu rindu padaMu.
Nik Abdul
Aziz Nik Mat
Bicara ini
demi Ilahi,2013
No comments:
Post a Comment