Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Hai anak Adam, ketahui olehmu, maka bahawasanya barangsiapa tiada
mengamalkan tiga perkara ini maka tiada memberi manfaat oleh Allah Taala akan
amalnya dan jikalau ada ia alam daripada segala manusia isi dunia sekalipun:
1. Jangan engkau kasih akan dunia yang lebih daripada sekadar hajat, yakni
yang tak dapat tiada baginya kerana dunia ini bukan tempat mu’min.
2. Jangan engkau sakit akan hati seorang dengan tiada sebenar kerana
menyakiti orang itu bukan daripada perangai mu’min.
3. Jangan engkau bersahabat dengan segala raja-raja kerana ia bukan
sahabat orang yang mu’min.
Hai anak Adam, jikalau tiada engkau amalkan akan yang tiga perkara ini,
jikalau ada engkau hafazkan seribu kitab sekalipun maka adalah engkau seperti
keldai yang menanggung kitab, seperti firman Allah Taala:
....seperti keldai yang
menunggang ia akan kitab....
(Al-Juma’ah: 5)
Yakni pada pihak tiada mengambil manfaat daripada kitab melainkan payah dan
susah jua.
Hai anak Adam, jikalau ada engkau lihat orang yang alim padahal sangat
kasih akan dunia pada zahir dan batin atau memakai emas atau sutera atau
berulang-ulang keluar masuk pada pintu raja-raja atau barang sebagainya
daripada segala dosa besar atau dosa kecil atau segala pekerjaan ulama dunia
dan ulama Al-Jababirah, seperti memakai kain kelam-kiri atau barang sebagainya
daripada segala kain yang bertenun emas atau melukiskan rumah atau madrasah
atau barang sebagainya daripada segala perhiasan dunia yang membawa kepada takabbur
lagi melalaikan hati daripada berbuat ibadat dan akan zikrullah.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment