Asma Ul-Husna 18
Ar-Razzaq ertinya Allah Maha Pemberi Rezeki yang Maha Luas dan tidak
terbatas sebagaimana firmanNya bermaksud:
Sesungguhnya Allah Dialah
sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang
Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga lagi Yang Maha Kuat Kukuh
kekuasaanNya.
(Adz-Dzaariyaat: 58)
Maha Pemberi
Rezeki
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) berasal dari kata rizq ertinya rezeki atau sesuatu dari setiap yang bermanfaat bagi
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya di mana yang diberi rezeki atau
dibantu dalam pertumbuhannya. Hujan juga disebut rezeki di mana ianya membantu
kelangsungan hidup setiap makhluk hidup di planet kita ini.
Kata rizq juga digunakan dalam
pengertian pendapatan, nafkah, wang, kekayaan atau memperolehi sesuatu yang
baik, selama masa hidup di dunia ini atau di dunia yang akan datang. Ia juga
bermakna keberuntungan atau segala sesuatu yang boleh dimakan.
Ar-Razzaq adalah Zat yang memberi rezeki. Ar-Razzaq tidak diterapkan kepada
selain Allah. Ada dua jenis rezeki: satu rezeki tubuh, misalnya makanan dan
minuman sedangkan yang lainnya adalah rezeki jiwa yakni pengetahuan atau
inspirasi sejati.Yang kedua ini merupakan jenis rezeki terbaik semata-mata
disebabkan rezeki jiwa bersifat abadi, sedangkan rezeki tubuh memiliki waktu
sesaat dan terhad.
Ar-Razzaq adalah Zat yang menciptakan semua jenis rezeki, yang memperluas
kurniaNya atas rezeki yang dapat diperolehi makhlukNya, yang memberikan
fasiliti dan cara kepada mereka untuk mendapatkan rezeki dengan mudah. Dia
memberi rezeki kepada semua makhlukNya dengan segala kemudahan yang diperlukan
agar mereka tetap hidup. Dia memberi rezeki dengan perantaraan pengetahuan,
hati dfan pemahaman. Hanya Dia yang dapat berbuat demikan. Siapapun yang
mengetahui fakta ini akan menginsafi fakta tersebut bahawa rezekinya sendiri
dan rezeki setiap orang dan semua makhluk lainnya, dikendalikan sepenuhnya oleh
Allah sehingga dia disebut dengan Ar-Razzaq.
Kurnia Allah yang berlimpah luah sesungguhnya tiada hadnya meliputi seluruh
makhluk dan planet ini semuanya. Ini diisyaratkan Allah menerusi firmanNya
bermaksud:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi
melainkan Allah jualah yang menangung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat ias disimpan.Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh
Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)
(Hud:6)
Sifat Manusia Yang
Kelapanbelas Ialah Suka Berinfak dan Membantu Golongan Yang Lemah
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanbelas dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah dengan mengamalkan sifat suka berinfak,
sedekah, zakat dan membantu golongan yang lemah dan kesusahan.
Salah satu adab Islam yang diilhami sifat Allah Ar-Razzaq adalah bahawa
seorang hamba Allah percaya tidak ada sekutu di sisi Allah dalam memberikan
rezeki, sebagaimana Dia juga tidak ada sekutu dalam menciptakan segala sesuatu.
Oleh itu, kerana semua rezeki yang kita perolehi adalah bersumber kepada
Allah dengan sifat Ar-Razzaqnya, maka kita hendaklah membelanjakan rezeki itu
mengikut petunjuk dan arahan Allah sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dan juga mereka (yang
diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah
melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Al-Furqaan:67)
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
No comments:
Post a Comment