Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Maka ketahui olehmu, bahawasanya orang yang alim itu apabila sudah
tergelincir, maka jangan engkau ikut akan dia. Dan jangan engkau ambil agama
kamu daripadanya dan jauhkan olehmu akan dirimu daripadanya dan takutkan olehmu
akan dia.
Sabda nabi shallallahu’alaihi wasallam di dalam Jami’ Ash-Shaghir: Takutkan oleh kamu akan tergelincir orang
yang alim, maka bahawasanya tergelincir itu dibalik akan dia atas kepalanya dan
dibawahkan akan dia bagi muka dan dicampakkan akan dia kepada pintu neraka
jahannam.
Kerana dosa yang besar yang terbit daripada gelincir orang yang alim itu
tiada dapat hingga kerana ia ikutan segala makhluk.
Bermula yang terlebih patut bagi orang yang alim itu terlebih takut akan Allah
Taala daripada segala makhluk dan terlebih zahid daripada segala makhluk dan
terlebih wara’ daripada segala makhluk dan terlebih meninggalkan syahwat
daripada segala makhluk.
Maka bahawasanya segala kelakuan orang yang alim itu bagi dirinya dan bagi
orang yang lain, maka binasanya itu binasa yang lalai bagi orang yang lain dan
baiknya itu baik yang lalai bagi orang yang lain kerana ia ikutan segala makhluk.
Hai anak Adam, apabila engkau lihat akan orang yang alim yang muwafakat
perbuatannya itu dengan perkataannya, iaitulah alim yang sebenarnya. Dan
hampirkan olehmu kepadanya dan ambilkan olehmu agamamu daripadanya. Dan adalah
ilmunya itu sekira-kiranya memberi manfaat kepadamu kerana ilmu yang keluar
daripada hatinya sekira masuk ke dalam hatimu. Dan ilmu yang keluar daripada
lidah itu masuk kepada zahir telingamu jua tiada sampai ke dalam hatimu.
Hai anak Adam, takutkan olehmu akan orang yang alim yang tergelincir, yakni
orang yang berbuat ia akan kembalinya kepada m,engamalkan ilmunya kerana ilmu itu
tiada ia mensia-siakan akan yang empunya dia pada ghalib.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment