Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata nabi Isa ’Alaihissalam bagi ulama yang jahat yang bimbang mereka
itu dengan membanyakkan harta dan menghimpunkan dunia itu, demikian katanya:
Hai ulama yang jahat,
padahal kamu puasa dan kamu sembahyang dan kamu memberi sedekah padahal kamu
tiada kamu berbuat akan yang disuruh oleh Allah Taala akan kamu dan kamu
ajarkan akan orang yang lain akan ilmu yang tiada kamu amalkan akan dia.
Hai ulama yang jahat,
sangatlah jahat yang kamu hukumkan akan dia padahal kamu taubat dengan
perkataan kamu dan dengan angan-angan kamu jua dan kamu perbuat dengan mengikut
hawa nafsu kamu dengan tiada mengiakan daripada kamu bahawa kamu sucikan akan
kulit kamu yang zahir padahal hati kamu itu berlumur dengan najis yang batin,
iaitu sangat kasih akan harta dan sangat kasih akan dunia dengan sebenar-benar
yang aku kata.
Hai ulama yang jahat, jangan
kamu jadikan diri kamu seperti tempat yang diayak tepung yang keluar
daripadanya itu tepung yang lumat-lumat lagi baik, dan yang tinggal di dalamnya
itu tepung yang kasar-kasar dan sekam dan seperti demikianlah kamu itu kamu
keluarkan daripada mulut kamu itu beberapa ilmu hikmah yang halus-halus lagi
baik, padahal kamu tinggal di dalam dada kamu dendam dan dengki dan kasih akan
harta dan kasih akan dunia dan kasih akan kemegahan dan kasih akan masyhur dan
kasih akan jadi kepala orang dan kasih akan puji oleh orang dan barang
sebagainya maksiat yang batin dan segela perangai yang jahat dan segala
perangai munafiq.
Hai hamba dunia, betapa
mendapat akan akhirat oleh orang yang tiada menghilangkan akan dsegala
keinginan itu daripada dunia dan tiada memutuskan ia akan gemarnya kepada dunia
dan kamu jadikan akan dunia itu di bawah lidah kamu dan kamu jadikan akan amal
kamu itu di bawah tapak kaki kamu dengan sebenar-benarnya aku kata bagi kamu.
Hai ulama yang jahat, telah
kamu binasakan akan akhirat kamu, maka baik dunia kamu itu terlebih kasih
kepada kamu daripada baik akhirat kamu, maka siapa manusia yang terlebih jahat
daripada kamu.
Hai ulama yang jahat, adalah
kamu itu seolah-olah kamu menyerukan akan orang yang mempunyai kekayaan dunia
itu supaya meninggal mereka itu akan dunia mereka itu bagi kamu padahal
perlahan-lahan.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment