1. Bertanggungjawab: Menunjukkan
usaha dan ketabahan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Bekerja keras untuk
mencapai kecemerlangan dalam tugas dengan menetapkan standard yang
tinggi,memberi perhatian pada perincian,bekerja dengan baik dan menunjukkan
tahap tumpuan yang tinggi.
2. Harga diri: Yakin pada kemampuan
diri dan mengekalkan pandangan kendiri yang positif; memperlihatkan
pengetahuan,kemahiran dan kemampuan;sedar akan kesan diri terhadap orang
lain;mengetahui keperluan emosi dan mampu mengawalnya
3. Pergaulan: Menunjukkan sifat
memahami,mesra,mudah menyesuaikan diri,bersopan santun dalam kelompok kenalan
baharu atau yang sedia,menyesuaikan diri dengan orang lain; memberi perhatian
kepada hal yang diperkatakan dan yang dilakukan oleh orang lain.
4. Pengurusan diri: Menilai
pengetahuan kemahiran dan kemampuan diri dengan tepat; menentukan matlamat yang
realistik; memantau kemajuan pencapaian matlamat dan mendorong diri untuk
mencapai matlamat
5. Integriti / jujur: Boleh
dipercayai,sedar apabila membuat keputusan,memahami akibat jika melanggar
peraturan organisasi,diri sendiri dan orang lain;serta mengambil tindakan
secara beretika
6. Kecermatan: Menunjukkan usaha
dan komitmen yang tinggi untuk mencapai hasil kerja yang cemerlang;disiplin
yang tinggi dengan kehadiran tepat waktu,bersemangat dan optimis dalam bekerja
dan menyelesaikan tugas
7. Kemampuan adaptasi:Terbuka untuk
menerima perubahan dan maklumat baru; menyesuaikan perangai atau cara kerja
dalam perubahan keadaan atau halangan yang tidak terjangka
8. Kemampuan bekerja tanpa penyeliaan:
Bekerja dengan hanya sedikit penyeliaan;memiliki dorongan motivasi untuk
meningkatkan diri dan menunjukkan perangai bertanggungjawab
9. Keselamatan bekerja: Kesedaran
tentang tatacara dan amalan keselamatan dan kesihatan diri dan kumpulan dan
melaksanakan peraturan yang berkenaan.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment