Friday, January 15, 2016

Kemahiran berfikir


1. Berfikiran kreatif dan inovatif: Boleh berimaginasi,menggabungkan idea-idea dan maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
2. Membuat keputusan: Menetapkan matlamat dan kekangan mengadakan beberapa pilihan,mempertimbangkan risiko,menilai dan membuat pilihan yang terbaik
3. Penyelesaian masalah:Mengesan adanya permasalahan,mengenal pasti punca-puncanya, mengatur dan melaksanakan rancangan tindakan untuk mengatasinya
4. Melihat benda dengan mata akal: Menyusun atur dan memproses simbol,gambar,graf,objek dan matlamat lain. Sebagai contoh, dapat merasa makanan hanya dengan membaca resepi.
5. Mengetahui cara belajar: Mengetahui dan menggunakan teknik belajar yang cekap dan mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran baharu  dalam situasi biasa dan berbeza
6. Reasoning / Penaakulan : Menemukan peraturan asas yang menghubungkan dua atau lebih objek dan menggunakannya ketika menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada maklumat yang ada.


Wallahu alam.

No comments:

Post a Comment