Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala:
Hai segala manusia, apa yang
memperdaya akan dikau dengan Tuhanmu yang Mulia yang menjadi akan dikau... (Al-Infithar: 6-7)
Dan lagi firman Allah Ta’ala:
...maka jangan memperdayakan
kamu oleh hidup dunia....... (Al-Fathir:5)
Hai anak Adam, berbuat olehmu ibadat akan Tuhanmu yang menjadikan akan
dikau, dan jangan jangan bimbang akan dikau oleh hartamu dan isterimu dan
anakmu daripada berbuat ibadat akan Tuhanmu. Dan ingatkan olehmu akan segala
nikmat Tuhanmu yang datang ia atasmu dan syukur olehmu akan dia dan jangan
engkau kufur akan dia dan pinta olehmu akan tolong, dan takut olehmu akan
lorong dan takut akan dirimu daripada jadi istidraj kerana istidraj oleh Allah
Ta’ala bagi hambaNya itu amat tersembunyi seperti firman Allah Ta’ala:
....lagi akan Kami istidraj
mereka itu, yakni lorong Kami akan mereka itu daripada sekira-kira tiada
mengetahui mereka itu akan istidraj. (Al-A’raf:182)
Yakni Kami ambil daripada mereka itu satu darjah, yakni lagi akan Kami
tambah akan seksa mereka itu dan celaka, maka menambah akan dosa dan maksiat
dan derhaka, yakni Kami ambil daripada mereka itu sedikit-sedikit dan tiada Aku
ambil daripada mereka itu padahalnya segempak dan Kami tambah akan mereka itu
daripada azab itu sedikit-sedikit.
6 (Muhimmah) dan Aku pertangguh akan mereka itu supaya menambah mereka itu
berbuat kejahatan, bahawasanya azabKu sangat pedih,dan tiada kuasa menahan akan
dia oleh seseorang dan kerana inilah jadi dukacita dan gundahan hati segala
mereka itu yang berkehendak berjalan kepada Allah Ta’ala tatkala datang
kelebihan atas mereka itu dalam negeri dunia kerana takut akan dirinya itu
istidraj, yakni lorong hingga sentiasa gundahan hati mereka itu dan kuninglah
warna mereka itu dan hancurlah hati mereka itu dan hilanglah akal mereka itu
dan berpindahlah mereka itu daripada antara segala makhluk hingga tiada
bercampur mereka itu dengan segala manusia.
Bermula kebanyakan manusia lalai mereka itu daripada ini. Bermula istidraj
Allah Taala bagi hambaNya itu, iaitu pada tiap-tiap ketika perbuat ia akan dosa
nescaya memberi oleh Allah Ta’ala baginya akan ni’mat dan melupai akan Dia,
akan meminta ampun daripada Allah Ta’ala, maka menambah ia akan kejahatan dan
takabbur, maka masuk ia di dalam maksiat dengan sebab berturut-turut ia atasnya
ni’mat padahal menyangka ia akan bahawasanya berturut-turut ni’,mat itu hampir
daripada Allah Ta’ala.
Hai anak Ada, ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta’ala terkadang memperhiasi
ia akan seterunya dengan pakaian auliyaNya dan kekasihNya dan pilihanNya hingga
bahawasanya mereka itu terpedaya mereka itu dengan sebab hilang segala waktunya
dan menyangka mereka itu akan bahawasanya dirinya wali Allah itu daripada Allah
Ta’ala bagi mereka itu istidraj, yakni lorong dan terkadang memperhiasi ia akan
mereka itu dengan pakaian kemuliaan dan kemegahan dan jadi kepala orang dan
tinggi martabat mereka itu daripada segala manusia hingga terpedaya mereka itu
dengan dia dan menyangka mereka itu akan dirinya orang yang kelebihan, maka ini
pula bagi mereka itu istidraj daripada Allah Ta’ala, kemudian tiada meninggal
oleh Allah Ta’ala akan mereka itu dalam kemuliaan dan kemegahan hingga
mengambil ia akan mereka itu kepada hakikat maklumnya.
Dan terkadang memperhiasi ia akan mereka itu dengan beberapa bagai ilmu dan
nasihat lidahnya dan mengetahui segala gerak dengan beberapa ilmu hikmat yang
halus, maka terpedaya mereka itu dengan seban bagai-bagai yang sampai kepada
mereka itu dan dengan sebab sempurna faham mereka itu dan cerdik padahal
menyangka mereka itu akan bahawasanya dirinya melengkapi mereka itu dengan
tiap-tiap hakikat ilmu.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
No comments:
Post a Comment