Asma Ul-Husna 13
Dilah Allah, Yang
Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya)
(al-Hasyr: 24)
Maha Perancang
Banyak takrif dan makna al-Bari’ yang dikemukakan oleh para ulama dan ahli
tafsir seperti Ibnu Kathier, Ibnu
Maskawih dan Ibnu Hajar, yang diringkaskan sebagai berikut:
1. Ia merujuk pada Zat yang menciptakan sesuatu dari ketiadaan, Zat yang
menciptakan sesuatu belum pernah ada, sebelumnya. Dikatakan bahawa Allah adalah
al-Bari’, Zat yang menciptakan segala sesuatu dari yang tidak wujud
(non-existence)
2. Makna lain adalah memotong atau memangkas sesuatu. Akar kata kerja ini
ertinya memotong dan membentuk sesuatu seperti tongkat atau pena.
3. Erti lain adalah menyembuhkan atau mengubati. Suatu ungkapan hikmah
menyatakan bahawa barangsiapa disembuhkan, seharusnya mengungkapkan rasa syukur
kepada Zat yang menyembuhkannya.
Jaafar bin Sulaiman diriwayatkan pernah mengatakan bahawa suatu ketika ia
melalui seorang perempuan tua buta yang sedang menangis, maka ia bertanya
kepadanya: Apa gerangan yang terjadi padamu?
Perempuan itu menjawab: Berhentilah memijit
hidungmu yang bukan milikmu. Aku telah mencapai tingkat kehidupan ini tanpa
memerlukanmu atau yang lainnya. Lalu perempuan itu menambahkan, Sudahkah engkau mendengar ungkapan yang
dilontarkan oleh kekasih Allah yang berkata, (Allah) yang menciptakanku, dan
Dia yang menuntunku. Dan yang memberiku makan dan menyediakanku minum. Dan
ketika aku sakit maka Dia menyembuhkanku. (Asy-Syu’araa: 78-80)
Oleh sebab itu, barangsiapa yang mengetahui pengertian hakiki dari al-Bari,
adalah orang yang hatinya tidak dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa apapun
yang terjadi.
Juga dikatakan bahawa siapa saja yang mengetahui siapakah al-Bari’ yang
sesungguhnya, akan menjauhkan dirinya dari memiliki hubungan dengan dirinya
sendiri, takut akan kekuasaan PenciptaNya.
Juga dikatakan bahawa Dialah Zat yang Maha Merancang, yang telah memisahkan
diriNya sendiri dari setiap orang lainnya. Zat yang tidak pernah terkejut
dengan peristiwa apapun yang terjadi. Juga, dikatakan bahawa siapa saja yang
mengenaliNya sebagai al-Bari’ akan menjauhkan dirinya daripada melakukan
sesuatu yang terlarang, meminta perlindungan kepada Sang Maha Raja, Yang Maha
Mengampuni.
Sifat Manusia Yang
Ketigabelas ialah Mempunyai Perancangan Yang Cemerlang
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketigabelas dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai perancangan dan program kerja ke
hadapan untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan di akhirat.Oleh itu segala
perancangan dan kerja-kerja yang kita lakukan di dunia hendaklah diarahkan
untuk memperolehi manfaat di akhirat, atau mempunyai hubungkait dengan
kehidupan selepas mati.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 32 -34
No comments:
Post a Comment