1. Pengurusan masa: Memilih
aktiviti yang sesuai dan berkait dengan matlamat,menyusun
keutamaan,memperuntukkan masa bagi aktiviti serta memahami,menyediakan dan
mematuhi jadual yang dirancang
2. Pengurusan kewangan: Menyiapkan
belanjawan,mengambil kira perbelanjaan dan meneka hasil,mencatat perincian
untuk engetahui dan memantau urutan belanjawan dan membuat penyesuaian
3. Pengurusan bahan dan fasiliti (kemudahan):
Memperoleh,menyimpan ,mengatur dan mengedarkan
bahan-bahan,komponen,peralatan,tempat atau hasil pengeluaran akhir supaya dapat
digunakan dengan baik
4.Pengurusan sumber manusia:Menilai
pengetahuan dan kemahiran serta menjalankan khidmat yang berkaitan, menilai
prestasi dan memberi maklum balas
5. Pengurusan risiko: Mengenal
pasti,menilai,menganalisis dan mengambil kira risiko dengan cermat dan
hati-hati
6. Penyertaan sebagai ahli: Bekerja
secara bersama dengan teman dan memberi sumbangan kepada kumpulan berupa
idea-idea,cadangan dan usahasama
7. Mengajar yang lain: Membantu
orang lain mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan;mengenal
pasti keperluan latihan dan memberi maklumat pekerjaan untuk membantu teman
8. Melayan pelangan: Bekerja dan
berkomunikasi kepada pelanggan untuk memberi kepuasan yang sesuai dengan
harapan mereka
9. Menggunakan keupayaan kepepimpinan:
Menyampaikan fikiran,perasaan dan idea-idea untuk memberi
sokongan,keyakinan,kepercayaan atau motivasi kepada individu atau kelompok,
termasuk bertanggungjawab terhadap keputusan berlawanan dengan peraturan
bekerja,panduan dan kekuasaan.
10. Melakukan perundingan: Berunding
untuk mencapai kesepakatan yang mungkin melibatkan bantuan-bantuan khas atau
menyatukan kepentingan yang bercanggah
11. Bekerja dengan budaya berbeza:
Boleh berkerja dengan lelaki dan perempuan pelbagai bangsa, sosial atau berbeza
latar belakang pendidikan.
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment