Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Hai hamba dunia, tiada kamu itu seperti hamba yang takut dan tiada kamu
seperti hamba yang merdeka yang mulia dan hampirlah dunia itu bahawa menjatuh
akan kamu ke dalam neraka.
Hai anak Adam, ketahui olehmu bahawasanya tiada ilmu itu melainkan yang
diamalkan dengan dia. Bermula hakikat mengamalkan dengan ilmu itu meninggalkan
yang segera kerana yang takut, yakni meninggalkan nikmat dunia yang hina kerana
harap akan nikmat akhirat yang mulia dan celaka orang yang jahil itu kerana
tiada belajar sekali-kali.
Bermula celaka orang yang alim yang tiada mengamalkan dengan barang yang
telah mengetahui itu seribu kali dan jikalau engkau lihat akan orang yang alim
padahal ia kasih akan dunia, maka jangan engkau ambil akan agamanya daripadanya
kerana ia terlebih jahat daripada Dajjal seperti sabda nabi shallallahu ’alaihi
wassalam:
Aku takut daripada lain dari Dajjal ter;lebih aku takut atas kamu daripada
Dajjal. Maka berkata berkata sahabat: Siapa ya rasulullah? Maka sabdanya: iaitu
ulama yang jahat.
Bermula kerana bahawasanya Dajjal sehabis-habis sesat. Bermula seumpama
alim ini memaling ia akan segala manusia daripada dunia dengan lidahnya dan
perkataannya jua maka iaitu yang menyerukan manusia kepada dunia dengan
perbuatannya dan kelakuannya.
Bermula lidah hal itu terlebih bertutur ia daripada lidah maqal. Bermula
perangai manusia itu kepada mengikut perbuatan terlebih cenderung hatinya
daripada barang yang membaik dengan perkataannya kerana tiada berani orang
jahil atas gemar kepada dunia itu melainkan dengan sebab memberani oleh ulama
yang jahat, maka jadilah amalnya itu sebab bagi memberi berani segala hamba
Allah atas mengerjakan maksiat akan Allah kerana kasih akan dunia itu kepala
bagi tiap-tiap segala kesalahan.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur
Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri
Acheh
Kitab Muhimmah &
Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment