Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata seorang hakim radhiyallahu anha pada masa dahulu padahal ia
berjalan kepada segala negeri kerana mengajar ia akan manusia akan enam patah :
1. Barangsiapa tiada berilmu maka tiadalah mulia di dalam dunia dan dalam
akhirat
2. Barangsiapa tiada sabar daripada berbuat ibadat ia atas pedih dan atas
susah dan menjawat maksiat dan atas kedatangan bala’ maka tiadalah baginya
bekal pada akhirat
4. Barangsiapa tiada takut akan Allah Taala yakni tiada mengerjakan segala
suruh Allah dan tiada menjawat akan segala tegahnya maka tiadalah baginya mulia
pada lillahi Taala.
5. Barangsiapa tiada ia menyuruh maka tiadalah baginya senang di dalam
akhirat
6. Barangsiapa tiada ia menerima akan pengajaran orang maka tiadalah
baginya hujjah kehadrat Allah Taala dan sayugianya bagi segala yang aqil itu
membahagikan pada tiap-tiap harinya itu empat bahagi:
a) Berbuat ibadat akan Tuhannya
b) Mengira-ngira akan perbuatan dirinya
c) Mengunjung segala ulama yang mengajar dia ilmu pada agamanya dan yang
memberi nasihat akan dia
d) Bersuka-suka dengan segala barang yang dihalalkan Allah Taala serta baik
niat tetapi jangan berlebih-lebihan pada yang menolong pada ibadat.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment