Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Luqmanul Hakim: Hai anak Adam, jauhkan olehmu akan lima perkara
yang membinasakan manusia:
1. Menipu taulannya
2. Tiada ia mengikut kata
segala ulama
3. Menghinakan dirinya
kerana tamak
4. Membesarkan dirinya
dfaripada segala orang yang besar daripadanya
5. Mengikut hawa nafsunya
Kata Shafi’i Radhiyallahu anhu: Bahawasanya
yang terlebih menganiayai dirinya itu bagi barangsiapa yang merendahkan dirinya
akan seorang yang tiada memuliakan dia dan dipujinya akan barangsiapa yang
tiada dikenalinya dan dikasihkan akan sahabat yang tiada memberi manfaat akan
dia.
Dan berhimpunlah segala hukama Arab dan Ajam dan Masyruq dan datang ke
Maghrib, maka dipilih mereka itu daripada perkataan hikmah sekira-kira empat
ribu patah kata, kemudian dari itu maka dipilih pula di dalamnya seratus patah
kata kemudian dari itu maka dipilih mereka itu pula di dalamnya empat puluh
patah kata kemudian dari itu maka dipilih mereka itu pula di dalam empat patah
kata:
1. Jangan engkau tanggungkan
barang yang tiada kuasa menanggung dia
2. Jangan engkau perbuat
yang tiada memberi manfaat akan dikau
3. Jangan memperdaya akan
dikau oleh hartamu jikalau ada harta itu banyak sekalipun
4. Jangan engkau harap akan
perempuan kemudian maka disurat oleh seorang raja akan empat patah kata ini di
di dalam satu lauh daripada emas maka adalah raja itu mengambil pengajaran
daripada setengah kata ini pada pekerjaan agamanya dan dunianya.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment