Asma Ul-Husna 21
Al-Qabid ertinya Allah Maha Penyempit Hidup yang Menggenggam, Menyempitkan
Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan sebagaimana firmanNya
bermaksud:
...dan Allahlah yang
menyempitkan (yaqbidhu) dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kalian akan
kembali.
(Al-Baqarah:245)
Maha Menyempitkan Rezeki dan
Menguranginya
Secara linguistik, qabidh, akar kata kerja dari
al-Qabidh, bererti mengambil, memegang, menangkap, mencengkeram, menahan,
mengawal. Ia bererti pegangan sesuatu dengan tangan seperti gagang pedang dan
lain-lain. Ia dimaksudkan sebagai suatu cara untuk mengambil kawalan secara
tegas akan sesuatu atau seseorang.
Allah swt telah berfirman dalam pengertian ini....dan Allahlah yang menyempitkan dan melapangkan,
ertinya Dia menyempitkan, menahan, rezekiNya dari sebahagian orang
sedangkan bagi sebahagian yang lain melapangkannya.
Al-Qabidh ertinya Zat yang menahan jiwa-jiwa
dengan menaklukkan mereka, ruh-ruh dengan menjalankan keadilan dalam perkara
mereka, pembahagian rezeki dengan kebijaksanaanNya, dan kalbu-kalbu dengan
menjadikan mereka takut akan kemuliaanNya.
Al-Qabidh adalah Zat yang menyebabkan jiwa-jiwa
dicabut dari tubuh-tubuh mereka, kediaman sementara mereka, di saat kematian.
Malaikat yang mencabut jiwa-jiwa (yakni qabidh) dalam Islam disebut Izrail.
Al-Qabidh adalah Zat yang menguasai hati-hati,
yang mengendalikan mereka, yang memisahkan mereka melalui kurangnya ilmu
mereka, melalui pengawasan mereka sendiri. Dia menguasai kalbu-kalbu, sehingga
Dia menyingkapkan kepada mereka kebesaran dan kemuliaanNya.
Sifat manusia yang keduapuluh
satu ialah serba terhad ilmu dan rezekinya
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia
yang keduapuluh satu dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai
keterbatasan dari segi ilmu, rezeki dan umur.
Sifat ini juga menjadi cermin bahawa hanya Allah
swt dengan sifatnya sebagai Al-Qabidh yang berkuasa Menggenggam, Menyempitkan
Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang sesuai dengan iradat dan kemahuanNya.
Wallahu a’lam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma Ul-Husna,2010
ms 52 - 53
No comments:
Post a Comment