Saturday, January 6, 2018

Mutiara kata Imam Shadiq as



1. Barangsiapa yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya dan mengajar kerana Allah, maka dia didoakan di dalam malakut langit yang besar dan dikatakan: Dia belajar kerana Allah, beramal kerana Allah dan mengajar kerana Allah.

2. Barangsiapa yang jujur terhadap manusia dalam masalah yang menyangkut dirinya, maka dia akan disukai sebagai hakim bagi orang lain.

3. Sesungguhnya orang yang benar-benar melaksanakan amar ma’ruf nahiy munkar itu hanyalah orang yang memiliki ketiga sifat ini: yang memiliki ilmu tentang apa yang diperintahkan dan tentang hal yang dilarang baginya, yang adil dalam apa yang diperintahkan dan dalam apa yang dilarang untuknya, lemah lembut dalam menyuruh dan melarang.

4. Hasrat terhadap dunia mewariskan kebingungan dan kesedihan, sedang zuhud terhadap dunia bererti ketenangan hati dan kenyamanan jasmani.

5. Jihad adalah sesuatu yang paling baik sesudah menjalankan hal-hal yang fardhu.

6. Sesungguhnya amar ma’ruf dan nahiy munkar itu dua makhluk di antara makhluk-makhluk Allah. Maka barangsiapa yang membantunya, nescaya Allah akan membantunya dan barangsiapa yang meninggalkannya, Allah akan meninggalkannya pula.

7. Janganlah kamu membuat Allah marah hanya kerana ingin menyenangkan seseorang dan janganlah kamu mendekatkan diri kepada manusia dengan risiko  menjauhkan dirimu dari Allah.

8. Berbaktilah kepada bapak-bapakmu, nescaya anak-anakmu akan berbakti pula kepadamu dan rendahkanlah pandanganmu terhadap wanita-wanita (orang lain), nescaya orang lain juga akan merendahkan pandangannya terhadap wanita-wanitamu.

9. Seorang mukmin sepatutnya memiliki lapan sifat: tenang dalam kekacau-balauan, sabar dalam bencana, bersyukur ketika kelapangan, puas dengan apa yang direzeki Allah kepadanya, tidak menzalimi musuh, tidak membebani teman, badannya letih kerana dirinya, dan orang lain tidak menderita gangguan darinya.

10. Sebaik-baik ibadah adalah ilmu mengenai Allah dan rendah hati (tawadhu) terhadapNya.

11. Temanku yang paling kucintai adalah yang menunjukkan kepadaku keaiban-keaibanku.

13. Akhlak yang baik adalah sebahagian dari agama dan menambah rezeki.

Wallahu ‘alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997

No comments:

Post a Comment