Ada orang yang
berkuda
untuk ke mana-mana
ada orang yang
berkuda
untuk
bersuka-suka
sebagai riadah
senggang masa
Ada kuda
ada kuda-kuda
kuda bernyawa
tanpa nyawa
kuda-kuda di
bumbung rumah
kuda-kuda alat
permainan si manja
kuda-kuda
kedudukan dalam persilatan
Ada orang yang
memperkuda
sesiapa sahaja
yang sanggup diperkuda
untuk kuasa atau
karta
untuk nama atau
wanita
yang memperkuda
beroleh laba
yang diperkuda
ada kalanya beroleh hampa
Demikian perihal
kuda
berkuda dan
bermain kuda-kuda
untuk keperluan
manusia
namun memperkuda
dan rela
diperkuda
sifat dan tabiat
tercela
kuda diperkuda
memang fitrah
manusia diperkuda
punah maruah.
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
No comments:
Post a Comment