Tidak ada yang lebih penting dalam hidup ini selain apa yang kita lakukan diterima
oleh Allah sebagai amal soleh kerana yang jadi bekal kalau kita sudah mati
adalah amal soleh kita. Kita harus berusaha keras sebelum beramal meluruskan
niat agar apapun yang kita lalkukan lillahi ta’ala kerana setiap amal innamal a’malu
binniyat. Setiap amal itu tergantung dari niatnya.
Sebelum beramal kita harus sangat bertanya; bagaimana kita barusan. Niat
yang menentukan. Qobla subuh, tahiyatul masjid dan solat subuh sama dua rakaat
yang membezakan ialah niatnya. Ketika sedang beramal berusaha keras agar tidak
belok niat kita. Jangan sampai ada kesenangan dengan pujian makhluk dibanding
dengan ingin diterima oleh Allah.
Dan jikalau sudah selesai beramal, hati-hatilah. Jangan sampai merasa
inilah jerih payah saya. Ini adalah perjuangan. Ini adalah kegigihan saya.
Tidak ada kalau sudah selesai. Cuma satu saja, min fadli rabbi. Semua ini
hanyalah kurnia Allah,untuk menghilangkan rasa berjasa.
Mari kita berusaha sekeras mungkin sekuat tenaga untuk menghilangkan rasa
berjasa, rasa sudah berbuat, rasa sudah berjuang, rasa sudah berkorban kerana
yang adalah kurnia Allah saja.
Semakin kita merasa ini jerih payah kita sendiri maka semakin hilang
pahalanya. Tapi semakin merasa bahawa semua kurnia apapun hanyalah kemurahan
Allah. Semoga semakin utuh ganjarannya.
Jangan mengingat-ingat jasa dan kebaikan. Jangan menyebut-yebutnya. Dan
jangan menuntut orang lain membalas kebaikan kita. Kita terpilih bisa berbuat
baik pun sudah nikmat yang luar biasa. Semoga Allah selalu menyedarkan kita
untuk menjaga hati sebelum, sedang dan sesudah beramal.
Amiin ya Robbal alamin.
KH Abdullah Gymnastiar.
No comments:
Post a Comment