Wednesday, January 10, 2018

Tak kala azan berkumandang

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata nabi Adam as yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahterakanlah bumi kerana terangatnya taubat. Rasulullah saw bersabda: Kalau kamu tahu apa yang aku tahu maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Bukankah nabi pernah juga bersabda: Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.

Menangislah sekarang sebelum menangis di kemudian hari. Menangislah wahai diri, agar senyuman banyak di kemudian hari kerana engkau belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri.

Di sana lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat rasulullah saw yang dikasihi Tuhan. Menangislah seperti saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata: Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.

Ibnu Masud ra berkata : Seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya. Ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyalah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur: Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhatian kami ialah Allah.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung, Allah sedang menantimu di [intu taubatNya. Pulanglah padaNya….dan menangislah untukNya. Menangis untuk menagih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya.

Sabda rasulullah saw : Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah. Semoga Allah merahmati serta memberkati perjalanan hidup kita untuk bertemu denganNya. Ameen.

YouTube
Azan sedih….anda mungkin menangis

No comments:

Post a Comment