Esei 81
Dalam dunia serba bekerjasa antara manusia, keupayaan untuk berunding
dengan baik adalah amat penting. Kemahiran berunding meliputi: Pengetahuan
tentang perkara dan latar belakang orang yang menyertai rundingan, persediaan,
persepsi, strategi dan taktik-taktik sebebar.
Pengetahuan dan persepsi Anda: Untuk
bermula, keadaan fikiran yang betul, sikap dan andaian adalah penting. Ia
proses untuk bekerjasama bukannya pesaingan. Pertimbangan lain yang penting :
di mana, apabila, bagaimana, apa dan dengan siapa untuk berunding!
Jangan berunding melalui telefon dan surat. Lebih baik dilakukan menerusi
pertemuan.
Persepsi : Pastikan ianya tidak
kurang daripada maklumat yang anda berikan. Cari kehendak yang tersembunyi dan
komitmen.Belajar untuk melihat sesuatu keperluan dengan menanyakan soalan,
mendengar dan mempelajari bahasa tubuh, yang mendedahkan kepentingan tanda dan
rahsia.
Kedudukan yang menguntungkan : Satu
contoh di mana anda dapat mengalah tetapi berjaya mendapat lebih manfaat.
Keutamaan dan penyertaan : Lazimnya ia dapat dirujuk pada alasan yang kukuh
dalam pilihan.
Berusaha dan adakan banyak pilihan : Jika anda tidak boleh membuat satu penjualan buatlah satu pembelian
dan mengambil alih.
Berundur sementara sebagai langkah memajukan atau penarikan semula: Ini menuntut anda bergerak dalam kaedah
bertentangan dengan normal dan corak yang lazim.
Lain-lain saranan ialah :
a) Penggunaan kesabarab, masa dan mendiamkan diri,
b) Mengalih perhatian dan fokus semula
c) Menggunakan fakta yang berjadual serta angka-angka yang berkaitan
d) Bergerak cara sedikit-sedikit tetapi dengan kepastian yang kukuh
e) Pertingkatkan usaha menjangkau sempadan kemampuan biasa
f) Kes perundingan untuk perolehan yang maksimum
Selalulah berusaha untuk mendapatkan
kenaikan anda pada saat anda ditawarkan bertugas!
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
Ms 135-340
No comments:
Post a Comment