Monday, November 9, 2015

Kepentingan Fisiologi dan Kecenderungan

Esei 75

Penyelidikan menunjukkan bahawa perasaan kita mempengaruhi kelakuan sebaliknya kelakuan juga membentuk perasaan. Kunci kepada kehidupan yang cemerlang ialah, kepentingan daya usaha mengatur kehidupan indah dengan menggunakan idea baik, nilai-nilai. Tenaga anda dikawal oleh minda dan tindakan anda. Gaya buruk, air muka dan emosi negatif boleh menghakis kesejahteraan anda.
 
Ada kalanya anda menyalahkan perasaan anda di atas tindakan-tindakan orang lain, sedangkan sebenarnya andalah pesalah sebenar dengan imaginasi anda, kepekaan dan pandangan-pandangan negatif. Hentikan sikap suka bermuram dan baiki perasaan anda. Apabila seseorang melayan anda dengan teruknya, ia adalah kerana keadaan mental dan fisiologinya yang teruk, bukan orangnya jadi maafkanlah dia. Lenyapkan juga perasaan takut dan panik semasa menghadapi sesuatu krisis

Inilah yang sangat diperlukan dalam kehidupan – keupayaan untuk mengubah dan memperbaiki perasaan kita. Betapa bagusnya senjata yang dimiliki ini!. Jika anda beraksi dan menyamar lama sedikit, anda akan menjadi apa yang anda lakonkan!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 312-314

No comments:

Post a Comment