Tuesday, November 10, 2015

Pelajaran 18


Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai anak Adam, kepada beberapa perkara yang engkau mengadu-ngadu akan Daku pada tiada seorang yang seumpama Aku yang engkau dakwakan dan manakala engkau pinta daripada Aku dan Aku perkenankan daripadamu.

Demikian itu dan beberapa engkau mungkar akan nikmatKu padahal tiada Aku tegahkan dan manakala engkau kufurkan akan Daku padahal Aku tiada Aku aniayai bagi segala hamba dan manakala engkau ringan-ringan akan kitabKu pada tiada Aku beratkan akan dikau barang yang tiada kuasa engkau dan kepada beberapa masa yang engkau benci akan Daku padahal tiada aku benci akan Dikau dan kepada beberapa masa engkau mungkar akan Daku padahal tiada bagimu Tuhan yang lain daripada Aku, maka apabila sakit engkau, maka bahawasanya Aku tabib yang menyembuhkan akan Dikau.

Bermula sembuhmu itu daripada Aku tiada daripada yang lain daripada Aku, maka sungguhnya engkau mengadu-ngadukan akan Daku dan amarah engkau akan hukumKu. Dan apabila Aku turunkan hujan dari langit atasmu dengan turun yang sempurna, maka kamu kata dihujankan dengan bintang anu, maka sanyanya kufurlah kamu akan Daku. Dan percayalah kamu akan bintang yang tiada percaya kamu akan Daku.
 
Bahawa Aku jua menurunkan rahmat atasmu dengan kadar yang ditaqdirkan sukatan lagi dibilangkan lagi ditimbang lagi dibahagikan dan apabila mendapat oleh seorang kamu darurat lebih atas tiga hari nescaya berkata akan seorang manusia padahal tiada Aku rasakan akan kebajikan, maka sanyan mungkar ia akan nikmatku.

Dan barangsiapa menegah ia akan zakat daripada hartanya, maka sanya meringan ringan ia akan kitabKu.

Dan apabila mengetahui telah masuk waktu sembahyang padahal tiada bersegera ia akan sembahyang maka sanya lalai ia akan Daku.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 182-183

No comments:

Post a Comment