Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala: Hai anak Adam, banyakkan olehmu bekalmu dengan
berbuat ibadat kepada Allah Ta’ala kerana bahawasanya jalan syurga itu amat
jauh. Dan teguhkan olehmu akan perahumu, yakni imanmu kerana bahawasanya laut
itu amat dalam dan ombaknya itu amat besar dan angin itu amat keras. Dan
ringankan olehmu akan tanggunganmu, maka gunung itu amat tinggi, yakni kerana
bahawasanya titi Sirathal Mustaqim itu amat seni-seni (halus). Dan khaliskan
(ikhlaskan) olehmu akan ilmumu. Dan bahawasanya yang menerima itu amat melihat,
maka segala keinginanmu di dalam syurga jua dan kemenanganmu itu di dalam
akhirat jua dan pada hadapanmu itu beberapa bidadari yang indah-indah.
Hai anak Adam, jadikan olehmu akan dirimu hamba bagiKu supaya adalah Aku
itu Tuhan bagimu dan hampirkan olehmu akan dirimu kepadaKu dengan menghinakan
dunia dan mengasih segala kebajikan, maka bahawasanya Allah Ta’ala itu tiada
mensia-siakan ia akan pahala orang yang berbuat kebajikan dan tiada
mensia-siakan akan segala amal orang yang berbuat amal.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment