Esei 80
Kehidupan adalah satu proses jualan yang berterusan.Lengkapkan diri dengan
peralatan sebelum bertemu pelanggan.Intai peluang melalui akhbar, iklan-iklan
tahniah, buku panduan telefon dan tempat-tempat berkaitan. Pertamanya, layakkan
prospek sebelum mensia-siakan masa terhadap mereka.Jengan lupa jenguk
peluang-peluang lama.
Dalam fasa pesedian, berlatih dengan keras.Jagan biarkan tradisi dan
desas-desus menghalang anda – mereka kata anda perlu bertepatan pada musim yang
betul. Pelanggan adalah orang yang paling penting di dunia, fokus padanya bukan
diri anda Empati dan cinta sama menarik dan melembutkan. Jurujual yang paling
teruk adalah mereka yang tertekan, pelanggan sudah ada masalah sendiri dan
tidak perlukan lagi masalah lain. Jangan perbesarkan sesuatu, bermegah atau
kelihatan lebih pandai daripada prospek. Elakkan juga bersandar di mejanya,
bercakap dari kedudukan lebih tinggi darinya, mata melilau, bercakap kurang
sopan atau terlalu banyak bercakap.
Konsep Apa yang Ada Untuk Saya ( AAUS )
amat berkesan, ia memarakkan keinginan untuk membeli. Jualkan apa yang
diperlukan dan fokus kepada khidmat selepas jualan. Lawan bantahan yang ada dengan
sopan dan secara perlahan-lahan. Mereka mungkin salah tetapi tidak akan membeli
jika tersinggung. Persahabatan adalah penting di dalam jangka panjang
perniagaan.
Satu kemahiran penting dalam jualan ialah keupayaan untuk menghadapi
kekecewaan dan penolakan dengan gembira.Ingatkan, setiap 9 penolakan akan ada 1
jualan. Gunakan formula: seterusnya,seterusnya dan seterusnya.
Jadilah sebagai juara yang bukan sahaja berjaya tetapi juga dapat mengajar
pelanggan-pelanggan nya untuk berjaya!
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment