1. Wahai Tuhan! Berselawatlah ke atas nabi saw yang terpilih
daripada Mudhar dan juga ke atas para anbiya dan sekalian para rasul yang
disebutkan.
2. Dan berselsawatlah wahai Tuhan ke atas rasul yang membawa
petunjuk dan juga ke atas penolong-penolong baginda saw. Dan juga ke atas para
sahabat baginda saw yang sesungguhnya merekalah yang menyebarkan ajaran Islam.
3. Dan merekalah yang berjihad bersamanya dan bersungguh-sungguh
dalam memperjuang agama Allah SWT. Dan merekaberhijrah dan telah setia
kepadanya: sesungguhnya merekalah yang mempertahankannya.
4. Dan merekalah yang menjelaskan kefarduan dan perkara sunat sehingga nereka menjadi suatu kumpulan yang
mentaati Allah SWT. Dan kepada Allah mereka berpegang dan kerana Allah mereka
mencapai kemenangan.
5. Sesuci-suci, sebesar-besar dan semulia-mulia selawat.
Mewangikan alam dengan angin yang lembut yang menyebarkan baunya yang sungguh
harum.
Wallahu a’lam
Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009
No comments:
Post a Comment