Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allaah Taala: Hai anak Adam, perbuat olehmu akan barang yang Aku
suruhkan akan kamu. Dan jauh olehmu daripada barang yang Aku tegahkan akan kamu
daripadanya nescaya Aku jadikan akan kamu hidup yang tiada merasai mati
selama-lamanya. Dan Aku itu hidup yang tiada merasai mati selama-lamanya.
Apabila Aku kata yang suatu itu kun
ertinya jadilah engkau, maka jadilah ia.
Hai anak Adam, apabila adalah katamu itu baik dan ilmumu itu jahat maka
engkau penghulu munafik dan apabila adalah zahirmu itu baik dan batinmu itu
jahat, maka engkau daripada segala orang yang binasa lagi menipu mereka itu
akan Allah Taala padahal Allah Taala itu menipu akan mereka itu, maka tiada menipu
mereka itu melainkan diri mereka itu jua padahal mereka itu tiada tahu.
Hai anak Adam, tiada kamu masuk syurga melainkan orang yang merendahkan
diri kerana membesarkan akan Daku. Dan serta siang dan malam itu ingat ia akan
Daku dan menegah ia akan nafsunya daripada segala keinginannya kerana membesar
akan Daku maka Aku pulangkan akan orang yang dagang, dan Aku sentosakan akan
orang yang fakir dan Aku muliakan akan anak yatim dan adalah Aku bagi anak
yatim itu seperti bapa yang penyayang. Dan adalah Aku bagi perempuan yang
bujang itu seperti suaminya yang penyayang.
Maka barangsiapa adalah segala perkara itu sifatnya nescaya adalah Aku itu
yang mengasih baginya apabila meminta ia daripada Aku suatu nescaya Aku beri
akan dia dan Akulah yang Memberi lagi yang Amat Murah.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 180-181
No comments:
Post a Comment