Friday, November 13, 2015

Pelajaran 20

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Taala: Hai segala manusia, tiada jenis kehidupan serta tadbir, yakni perintah dan bicara dan tiada wara’ seperti menahan diri daripada menyakiti suatu jikalau binatang sekalipun.

Dan tiada bicara yang terlebih tinggi daripada baik adab, yakni sopan serta Allah Taala,
 
Dan tiada syafa’at seperti taubat

Dan tiada ibadat seperti ilmu

Dan tiada sembahyang seperti takut akan Allah Taala

Dan tiada kemenangan seperti sabar

Dan tiada bahagia seperti taufiq, yakni menolong oleh Allah Taala akan hambaNya atas berbuat taat.

Dan tiada pakaian yang terlebih indah daripada akal

Dan tiada taulan yang terlebih jinak daripada ilmu.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007; ms 186

No comments:

Post a Comment