Esei 83
Usia muda adalah satu zaman menarik dalam kehidupan semua orang. Ia adalah
satu masa untuk pertumbuhan, persahabatan, temu janji dan percintaan. Temu jani
patut dijadikan kaedah bagi mencari pasangan yang sesuai untuk bersama-sama
berkongsi kehidupan. Soalan pertama yang muncul adalah : Adakah anda sudah
cukup dewasa untuk bercinta?
Lebih dahulu anda harus bina kematangan emosi, prasyarat percintaan dan
perkhawinan.Ini bukan satu masa untuk bermain dengan perasaan orang lain. Ia
tempoh usaha mengenal pasti bukan hanya keseronokan, usaha menyiasat bukan
hanya untuk bermesra sahaja. Justeru itu, perkahwinan adalah lebih baik selepas
berusia 24 tahun ke atas.
Cinta pandang pertama boleh diterima apapun kasih sayang dengan wawasan
adalah lebih baik.Cinta sejati akan berkembang secara perlahan-lahan dengan
menghargai personaliti pasangan, tahap kerohaniannya dan nilai-nilai.Semua
orang berhak untuk mencari pasangan yang sesuai tetapi mereka jarang sekali
mengambil satu strategi untuk mengumpan dan mendapatkan yang terbaik. Semua
memerlukan kita :
a) Membuat satu pilhan yang bijak
b) Terdapat bahaya dan perangkap
c) Nilai-nilai dan pertimbangan anda menjejaskan kejayaan perkahwinan anda
Kita perlu melihat pada realiti kehidupan. Percintaan itu tetap ada
bahagian kesedihannya. Terima segala kemungkinan; kejutan, kekecewaan atau yang
tak terduga.Seseorang mungkin tidak menyayangi anda selamanya. Tempoh pemujukan
atau perkenalan adalah penting. Ia satu peluang untuk menilai kematangan
menyeluruh dan keserasian. Idealnya tempoh ini tidak sepatutnya terlalu
panjang, ia ruang keresahan dan godaan fizikal.
Anda dikira cukup matang secara fizikal dan emosinya, apabila anda telah
berkelayakan secara akademik dan profesional,
Cinta dapat bertahan Cuma
apabila pasangan kekasih menyayangi banyak benda bersama-sama dan bukan hanya
satu sama lain.
(Walter Lippmann)
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment