Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Taala: Hai anak Adam, bermula maut itu membukai akan segala
rahsiamu.Dan hari kiamat itu membaca surat kebajikan kamu. Dan azab itu
membinasa ia akan kemuliaanmu. Dan
apabila engkau berbuat dosa akan suatu dosa, maka jangan engkau tilik kepada
kecilnya dan tetapi tilik olehmu kepada Tuhan yang engkau berbuat maksiat akan
dia. Dan apabila diberi rezeki akan dikau akan suatu rezeki yang sedikit, maka
jangan engkau tilik kepada sedikit dan tetapi tilik olehmu kepada Tuhan yang
memberi rezeki akan dikau dengan dia. Dan jangan engkau hinakan akan dosa yang
kecil maka kerana bahawasanya engkau tiada ketahui di mana dosanya yang jadi murkaKu
atasmu. Dan jangan engkau sentosakan tipu Aku, maka kerana bahawasanya tipu Aku
itu tersembunyi atasmu daripada tempat semut yang hitam pada malam yang kelam.
Hai anak Adam, adalah engkau ingat akan marahKu maka engkau berhenti
daripada berbuat maksiat. Dan adakah engkau tunaikan akan segala yang Aku
fardhukan atasmu seperti barang yang Aku suruhkan akan dikau? Dan adakah engkau
beri akan hambaKu yang miskin daripada hartaKu? Dan adakah engkau berbuat baik
akan hambaKu yang bderbuat jahat kepadamu? Dan adakah engkau mengampunkan akan
hambaKu yang mengenai akan dikau? Dan adakah engkau sebutkan akan hambaKu yang
memintang (memutuskan silaturrahim) ia akan dikau? Dan adakah engkau sayangkan
akan hambaKu yang berbuat khianat ia akan dikau? Dan adakah engkau berkata
dengan hambaKu yang tiada mahu berkata ia dengan dikau? Dan adakah engkau
tunaikan akan hak anakmu yang wajib atasmu nafkah? Dan adakah engkau redhakan
qadhaKu? Dan adakah engkau tanyai kepada segala ulama? Itu daripada segala
pekerjaan agama dan duniaMu? Maka bahawasanya Aku tiada Aku lihat kepada rupa
kamu dan tiada Aku lihat kepada baik bangsamu tetapi Aku tilik kepada hati
kamu.
Bermula yang kegemaranKu kepadamu itu dengan engkau mengerjakan akan segala
perkara yang kepujian ini.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007
No comments:
Post a Comment