Esei 85
Proses membesar, memulakan sebuah keluarga dan memanfaatkan kehidupan
adalah sesuatu yang menyeronokkan, Kita melalui empat tahap dalam proses ini;
mempercayai kewujudan sesuatu, berhenti mempercayainya, kita sendiri menjadinya
akhirnya menyerupai semacamnya. Tidak kira di peringkat mana, rumah adalah
tempat sentiasa berada di hati kita.Ia adalah teras kewujudan dan tapak
pelancar ke arah kejayaan. Rumah dibuat dengan dinding-dinding dan galang-galang
tetapi sebuah kediaman terdiri dengan cinta dan impian-impian!
Ianya menuntut beberapa perkara, antaranya:
a) Kesedaran moral yang berkuasa; iaitu tahu apa yang betul dan salah.
b) Cinta; jadilah seorang yang peka dan bertimbang rasa
c) Berkongsikan nilai-nilai, kegemaran, matlamat dan prestasi
d) Masa untuk besama-sama; ingatlah cinta dan masa adalah dua benda percuma
sama ada di dunia atau seluruh kehidupan kita yang tidak dapat dibeli tetapi
hanya digunakan.
e)Komunikasi dan dan pertukaran; komunikasi adalah kunci keperda penyertaan
dan persefahaman. Perasaan perlu bebas diluahkan tanpanya meredupkan isu-isu
atau salah faham.Lebih besar kesamaran dalam komunikasi lebih miskin
hubungan;paling teruk adalah tabiat senyap ia mampu melemah perpaduan dan keharmonian.
f) Semangat dan sikap jenaka; ia hadiah-hadiah ajaib dan ubat
terbaik.Keupayaan mentertawakan diri dan situasi dapat memulihkan kebimbangan
dan kebosanan.
g)Usaha dan pengorbanan; perkahwinan boleh diibarat sebagai sebuah peti
harta karun yang kosong. Ia perlu terus diisi untuk diambil berterusan keluar
daripadanya.Ia tabubg persaraan yang sungguh ajaib; laburan di usia produktif.
h) Perkara-perkara kecil menjadi lebih bermakna; elak mengambil ringan
antara satu sama lain dek kerana faktor masa bersama yang lama.
i) Menghormati dan menghargai satu sama lain; jangan memperkecil atau
mengkritik orang yang kita kasihi tetapi jadikan mereka kawan baik
kita.Perkasakan satu sama lain menerusi penghargaan walau sekecil apapun.
Tidak ada orang yang dapat
mengukur termasuklah penyajak-penyajak berapa banyakkah yang dapat dipegang
oleh sebuah hati
Zelda Fitzgerald
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi &
motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment