Al-Mawa’izd
Al-Badi’iah
Berkata Allah Taala: Hai
segala mereka itu yang membawa iman akan Allah Taala. Mengapa kamu kata barang
yang tiada kamu kerjakan dan kerana apa kamu suruhkan padahal kamu tiada kamu
kerjakan dan kerana apa kamu himpunkan akan barang yang tiada kamu makan akan dia
dan kerana apa kamu tegahkan daripada suatu yang tiada kamu tegahkan diri kamu
itru daripadanya, dan beberapa daripada taubat sehari kemudian sehari dan kamu
lambatkan setahun kemudian setahun kerana apa tiada kamu bicarakan. Adakah kamu
terpelihara daripada mati atau adakah kamu lepas daripada neraka atau adakah
sudah kamu tahqiqkan akan kemenangan dengan syurga atau adakah antara kamu dan
antara Tuhan itu janji.
Mendustakan akan kamu
oleh nikmat dan membinasakan akan kamu oleh orang dan mendayakan akan kamu
daripada dunia ini oleh panjang angan-angan, maka tiada kamu beroleh sihat dan
sejahtera. Dan takutkan olehmu akan diri kamu daripada panjang angan-angan,
maka bahawasanya ajal kamu itu maklum lagi berhad. Dan segala rahsia kamu semua
hanya itu lagi akan terbuka dan segala tirai kamu itu pun dibinasakan maka
takut olehmu akan Allah Taala, hai yang mempunyai bicara, mudah-mudahan kamu
beroleh kemenangan dan dahulukan olehmu, yakni belanjakan oleh kamu kepada yang
memberi manfaat bagi diri kami pada akhirat akan barang yang ada daripada
tanganmu.
Hai anak Adam,
bahawasanya engkau didatangkan serta ilmu jua jika baik ilmumu baiklah datangmu
kepada Tuhanmu. Dan jika jahat ilmumu nescaya jahatlah datangmu kepada Tuhanmu.
Dan pada tiap-tiap hari itu kuranglah umurmu hari daripada yang engkau keluar
daripada perut ibumu dan daripada sehari kepada sehari bertambahlah hampirmu
kepada kuburmu hingga masuklah engkau kepadanya.
Hai anak Adam, bermula
umpama kamu di dalam dunia ini seumpama lalat ketika jatuh ia ke dalam manisan,
lalai ia di dalamnya seolah-olah kekal ia di sana.Demikianlah engkau di dalam
dunia ini, maka janganlah ada kamu seperti pelita yang menerang ia akan dirinya
dan menerang ia bagi lainnya.
Wallahu alam.
Syeikh Abdullah Ibnu
Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf
Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah &
Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007, ms
178-179
No comments:
Post a Comment