Wednesday, November 11, 2015

Tabiat



Esei 77

Aristotle, ahli falsafah Greek menulis: Kita adalah apa yang kita lakukan berulang kali. John Dryden pula menyatakan: Mula-mula kita yang wujudkan tabiat, kemudian tabiat-tabiat yang mewujudkan kita.

Tabiat yang baik penting untuk diamalkan, Pertama, tabiat yang sempurna membawa kepada budaya hidup yang sihat dan bahagia. Contohnya, bangun awal pagi, makan makanan berkhasiat, tidur mencukupi dan mengamalkan gaya hidup sihat.Kedua, tabiat penting bagi mewujudkan adab tertib dan kejayaan sosial.Rutin yang betul juga menjimatkan masa, tenaga setrusnya meningkatkan produktiviti. Semuanya memberikan nilai tambah dan mengelakkan pembaziran. Jadikan tabiat berfikiran positif sebagai sahabat yang berkekalan.

Beberapa teknik bagi mengatasi pengulangan semula tabiat-tabiat buruk ialah:

1) Merancang dahulu dengan kesediaan untuk melawan balik dengan cara mengelak atau menjauhi ataupun melakukan tindakan alihan apabila desakan negatif itu timbul;. Contoh-contohnya ialah dengan pergi bersiar-siar atau  berbual-bual.

2) Menjauhi sesuatu situasi yang mengujakan dan berisiko tinggi, rasa tertekan atau sedih dan tempat-tempat kita melakukan tabiat buruk seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain

3) Memberi ganjaran dan membaiki keadaan diri sendiri kerana tidak mengulangi perkara-perkara yang tidak berfaedah

4) Mendapatkan bantuan dan sokongan daripada keluarga dan teman-teman.

Jadilah seorang yang memiliki hati yang lembut dan tegas; belajarlah untuk berkata tidak! Awas tentang keselesaan dan kepuasan hati, mereka adalah tidak produktif. Ketekalan dan ketabahan adalah lambang sang juara!

Pepatah mengatakan: Tidak ada apa-apa yang  sukar jika anda sudah biasa melakukannya. Awasi tabiat kita, dan binalah  sesuatu yang elok secara progresif. Anda boleh bekerja ke arah hidup yang lebih bermakna setiap minit pada setiap hari. Hidup kita di bumi ini adalah terlalu pendek dan berharga; jangan sekali-kali bazirkan peluang keemasan ini.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 318-321

No comments:

Post a Comment