Sunday, November 22, 2015

Pelajaran 26

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala di dalam kitabNya yang Maha Mulia : Naik saksi Allah Ta’ala, bahawasanya tiada Tuhan yang disembah yang sebenarnya melainkania jua. Dan naik saksi segala malaikat yang mempunyai ilmu padahal Allah Ta’ala itu yang berdiri dengan adil. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ia jua Tuhan Yang Maha Mulia lagi yang menghukumkan.

Bahawasanya agama yang diterima daripada Allah Ta’ala itu agama Islam jua tiada lain. Dan barangsiapa menuntut agama yang lain daripada agama Islam, maka tiada diterimakan daripadanya padahal ia di dalam akhirat daripada orang yang kerugian, maka penglihat akan tiap-tiap suatu itu baik di dalam syurga jua.

Dan bahawasanya tiap-tiap suatu itu binasa jua melainkan zat Allah, dan hanyasanya kami binasakan akan orang yang derhaka akan Daku jua.
Dan barangsiapa putus harapnya daripada rahmatKu nescaya Aku binasakan akan dia.

Dan barangsiapa mengenal akan Allah Ta’ala, maka mengikut ia akan dia nescaya Kami lepaskan daripada azab nerakaKu.

Dan barangsiapa mengenal ia akan syaitan, maka melawan ia akan dia nescaya sejahtera ia daripada tipunya.

Dan barangsiapa mengenal ia akan yang sebenarnya, maka mengikut ia akan yang sebenarnya, maka mengikut ia akan dia nescaya sentosalah ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan sia-sia, maka meninggali ia akan dia kerana takut akan Allah Ta’ala nescaya beroleh kesenangan ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan dunia, maka menolak ia akan dia, nescaya sejahteralah ia dan berbahagialah ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan akhirat, maka menuntut ia akan dia, nescaya beroleh petunjuk ia bahawasanya Allah Ta’ala itu menunjuk ia akan barang siapa berkehendak ia dan menyesat ia akan barangsiapa yang berkehendak ia dan kepada Allah Ta’ala jua dikembalikan akan kamu sekalian.
 
Hai anak Adam, apabila adalah Allah Ta’ala, telah mengakukan akan rezekimu, maka panjang cita-cita mereka itu kerana apa? Dan apabila adalah syaitan itu seteru Allah Ta’ala dan seterumu, maka lalaimu daripadanya kerana apa? Dan apabila adalah seksa itu dengan neraka, maka bersedap-sedap dan bersenang-senangmu di dalam dunia itu kerana apa? Dan apabila adalah seksa itu dengan neraka, maka bersedap-sedap dan bersenang-senangmu di dalam dunia itu kerana apa? Dan apabila adalah pahala berbuat amal itu syurga, maka maksiatmu itu kerana apa? Dan apabila adalah tiap-tiap suatu itu dengan hukumKu dan takdirKu, maka keluh-kesah dan gundah itu kerana apa? Maka jangan engkau putus asa atas suatu yang luput ia daripadamu, dan jangan suka dengan suatu yang datang kepadamu.

Bermula Allah Taala itu tiada mengasih ia akan tiao-tiap orang yang takbbur lagi bermegah-megah.

Bermula segala puji itu thabit bagi Allah yang memiliki sekalian alam.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

No comments:

Post a Comment