Monday, November 2, 2015

Sang Benar

Semua menunggu sang benar
yang masih menjalar di atas pagar
tanpa sebarang petunjuk
ke manakah bakal membelok

si kanan berkokok
masuklah ke rebanku
kerana aku selalu jujur
menjaga kejernihan nilai
dan keramatmu
dalam setiap bakti yang ditabur

si kiri berkicau
datanglah ke pohonku
kerana aku terlalu memuja
dan setia membelamu
dengan seluruh paruh dan kukuku
biarpun dahan tempat berpijak
kerap dipatahkan angina fitnah

sang benar
masih meniti di atas pagar
membuatkan hati kita
kencang berdebar
kerana nama dan sifatnya
kini menjadi semakin samar.

Abizai
Miri Sarawak
BH 1Nov 2015

No comments:

Post a Comment